Monday, 23 January 2017

Roti Jala Coklat


Dari Jumaat lepas resepi dok viral di FB. Asik lalu-lalang je kat wall kita. Semalam terajin pulak nak try. Maka terjadilah. Buat pulak sos coklat tapi tak menjadi pulak. Entah mana silapnya. Makan kosong macam tu jelah akhirnya. Sos coklat Hershey's habis stok pulak kat rumah. Dah cari kat Speedmart pun takde.

Rasa roti jala coklat ni takdelah jauh beza dengan roti jala biasa tu cuma ada rasa pahit-pahit sikit daripada serbuk koko tu. Kalau cicah sos coklat mesti sedap.

Bersama sos coklat yang tak jadi :)

Roti Jala Coklat

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk koko/coklat
1 biji telur
Sedikit garam

Blend semua. Tapiskan ke dalam acuan. Goreng tanpa minyak. Siap.

Monday, 16 January 2017

Roti Jala + Kari Sardin



Menu kegemaran anak-anak. Tapi dorang makan kosong je pun takpe. Dapat resepi kat FB. Memang sedap, lembut je dan paling penting mudah nak buat.

Roti Jala

2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning (saya guna kunyit secubit)
2 cawan tepung gandum.

Campur semua, blend kan. Tapis sebelum masukkan dalam acuan. Saya guna botol 3 lubang yang dibeli kat Daiso. Waktu goreng tak perlu bubuh minyak lagi. Memang tak melekat.


Kari Sardin

1 tin sardin besar
1 biji bawang besar - mayang halus *
3 ulas bawang putih - mayang halus *
sedikit halia - potong halus *
1 kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga *
2 kuntum bunga lawang *
4 sudu besar serbuk kari
Serbuk perasa dan garam

Tumis bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Kacau. Masukkan sedikit air asam jawa. Masukkan daun kari. Masukkan sardin beserta sos. Kacau. Tambahkan air ikut kepekatan yang disukai. Tambahkan perasa. Siap.

Adunan yang ni lembik sikit. Sebab tu jalanya tebal

Saya lipat segi tiga je. Terus lipat atas kuali. Senang

Adunan kedua baru cantik. Halus jalanya. Itu rupa botol daiso 3 lubang


Tuesday, 25 October 2016

Jagung Rebus Lemak Berkrim


Salah satu resepi viral jugak ni. Haruslah dicuba kan. Buat pun senang. Kebetulan jagung merupakan makanan kegemaran seisi keluarga. Beli jagung kat NSK RM1.50 sebijik. Besar-besar. Isi pun elok. Balik rumah terus buat. Memang lemak berkrim. Sekali hadap je habis.

Jagung 5 ketul - potong
Susu segar 1 cawan (guna susu cair lagi sedap)
Air secukupnya
Butter 3 sudu besar
Garam secubit
Gula 5 sudu besar

Rebus semua sekali sampai masak. Siap. Boleh dimakan. Mudah je kan?




Wednesday, 5 October 2016

Menginap di Impiana Guest House, Wakaf Che Yeh

Cuti Raya Haji kali ni lama, dapatlah berjalan jauh sikit. Kali ni kita berjalan ke pantai timur pulak. Trip kali ni pergi ramai-ramai satu family. Semua pergi. Naik dua kereta. Gerak jam 12 tengah hari macam tu tapi sampai Wakaf Che Yeh dah nak tengah malam. Banyak kali berhenti dan jalan jem yang amat. Jem kat Merapoh sebab ada bas terbalik. Kiranya kami ni tolong sesakkan lagi jalan ke sana sebab menyibuk dengan orang nak balik kampung heheheh

Kali ni kami sewa homestay sebab rakyat ramai. Senang duduk homestay kalau ramai-ramai ni. Senang nak memantau. Kang kalau dok hotel, bilik lain-lain. Ada je yang lambat bersiap lah, itulah inilah. Kalau dok satu rumah senang. 

Homestay ni belakang Uptown Wakaf Che Yeh je. Jalan kaki agak jauh sikit tapi naik kereta memang tak sampai lima minit. Homestay ni di kawasan perumahan kampung tanah lot. Tapi dia dalam pagar. Rumah tiga bilik yang sangat selesa. Tak besar sangat dan tak kecil sangat. Ruang tamu pun besar. Dapur ada semua kelengkapan bagi sebuah rumah. Ada peti sejuk, dapur, pinggan-mangkuk, mesin basuh, toilet dekat dapur ada 2, dekat master bedroom ada satu tapi boleh share dengan bilik kedua. Bilik ketiga takde toilet tapi dah dekat sangat dengan dapur. Dapur pun ada meja makan. Memang terbaiklah homestay ni. Parking pun luas. Setakat 34- biji kereta tu takde hal lah.


Bilik pertama ada katil queen. Bilik kedua ada katil double decker yang bawah queen, atas single siap aircond. Bilik pertama dan kedua kongsi toilet. Toto, bantal pun ada lebih. Bolehla sesapa nak tidur kat ruang tamu pulak.


Bilik ketiga ada katil queen siap dengan almari. Bantal, toto pun ada lebih. Tuala pun ada disediakan. Tuala bersih dan tebal. Aircond pun ada. Memang selesa homestay ni. Sewa pun murah sangat berbaloi cuma RM150 semalaman. Saya ambik dua malam.

Bilik ketiga - Pic dari owner

Bilik pertama - pic dari owner

Bilik kedua - pic dari owner

Ruang dapur - pic dari owner

Pandangan tepi - parking - pic dari owner

Peti sejuk pun ada kicap, garam, gula, kunyit pun ada. Pinggan-mangkuk memang mencukupi untuk kita nak masak dan makan-makan. Air panas pun ada. Pendek kata memang puas hatilah.

Alamat:
2009 Jalan Puteri Saadong
Kg. Kota,
15100 Kota Bharu, Kelantan

Tel:
013-9074401


Tuesday, 4 October 2016

Mandi-Manda di Teratak Tok Wan, Rawang

Cuti tiga hari tak ada ke mana pun. Sebab dua minggu berturut-turut weekend tak ada kat rumah. So, rasa cuti tiga hari ni nak duduk kat rumah je lepak-lepak sambil mengemas apa yang patut. Kain pun dah nak jadi gunung nampaknya tu. Tapi bila ada anak-anak ni ada je idea nak berjalan tu timbul. Teringat pulak post viral di FB baru-baru ni pasal Teratak Tok Wan. Lokasi pun tak berapa jauh dari rumah saya. Dalam 17km aje ikut LATAR. Jalan pun lengang aje, tak sampai setengah jam dah sampai. Ikut waze je pasti jumpa, insyaAllah. Berdekatan dengan Tesco Rawang.

Tempat ni sebenarnya kawasan kampung. Tanah lot rumah persendirian. Tapi agaknya asal dulu kala ada sungai, owner buat kolam untuk mandi-manda. Air kolam tu pun memang punca dari sungai. Sejuk sangat.


Buka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Bayaran masuk RM2.00 setiap orang. Berbaloi sangat kadar yang dikenakan sebab tempat selesa, banyak pondok nak berkelah disediakan. Tandas, surau pun ada dan bersih. Kaunter bayaran tu ada jugak kedai serbaneka yang jual makanan ringan, air. Homestay pun ada bagi yang nak menginap dengan kadar bayaran RM200 satu malam dari jam 3pm - 3pm hari berikutnya. Bagi yang nak guna harian pun ada dengan kadar bayaran RM150 dari jam 3pm hingga 6pm. Mana tau kan kot datang nak berehat, nak selesa tempat salin baju dan sebagainya bolehlah ambil untuk kegunaan harian tu.

Yang lain-lain bagi saya semua okey dan puashati. Asalkan anak-anak seronok sudah. Yang seterusnya biarlah gambar berbicara hehehe


Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil. Paip hitam tu saluran air dari sungai

Pondok atas pokok. Memang jadi rebutan. Kena datang awal kalau nak cop 

Entrance kawasan kolam. Kanan tu dereten pondok untuk berkelah. Kiri kerusi batu dan payung

Kolam ni dalam sikit. Kena hati-hati



Tempat memasak khas untuk penginap homestay sahaja

Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil


Belah sana pun ada pondok untuk berkelah

Kaunter bayaran dan kedai mini serbaneka



Pondok berkelah