Ini saya punya |
Kids Menu |
Saya tau kewujudan restoran ni bila tiap kali pegi The Curve saya memang akan lalu tepi restoran ni sebab nak ke parking kereta. Tiap kali lalu mesti ada orang tengah sambut hari istimewa dorang dan the best part is saya nampak pekerja restoran ni akan datang bawak kek dan nyanyikan lagu beramai-ramai untuk orang berkenaan. Banyak kali dah saya nampak. Rasa menarik sangat dan teringin pulak nak cuba datang.
Kebetulan birthday Azroy ni kita takde ke mana bercuti, tak ada plan nak buat makan-makan kat rumah so saya cadangkan kepada Jay nak pergi makan kat JR. Jay setuju aje tanpa bantahan. Sampai je kat sana saya disambut oleh staf JR macam lebih kurang kat Pizza Hut. Dorang akan tanya kita berapa ramai yang makan dan tunjukkan tempat untuk kita. Yang bestnya saya masuk je pintu JR semua staf menjerit Hello Guys!!! Wahh, bestnya rasa sangat dialu-alukan. Tiap kali customer masuk memang dorang akan jerit Hello Guys!!
Lepas tu masa masuk tu saya dah bagitahu staf JR yang saya nak makan sempena bday anak. So, dia ambik nama anak saya dan umur. Lepas tu terus pegi. Staf lain pulak datang ambik order. Banyak jugak kami order malam tu. Macam tak habis je kan tapi licin ye sebab sedap.
Sejam sekali dorang akan menari. Yang ni lagu movie Despicable Me. Terbaiklah JR!! |
salam..nak tye diorg ada cas apa2 tak klu nak sambut birthday kat sana?
ReplyDeletesalam, takde caj pun sbb kita makan kat sana kan
ReplyDelete