Ini cara saya buat. Dah bersihkan ikan, lumurkan ikan dengan garam. Masukkan tomato. Letakkan dalam grill pan atau kukusan. Sebelum tu hiris serai, bawang besar, bawang putih, cili masak, kalau nak pedas gunalah cili api. Lepas tu tumis semua bahan ni. Masukkan sos tiram sesudu dan perasa. Garam tak yah letak dah sebab dah lumur kat ikan tadi. Dah layu semua bahan hiris, tutup api dan taburkan atas ikan. Tambah air dalam grill pan tadi, hidupkan api. Dalam 10 minit dah siap.
Sotong pulak gaul dengan garam kunyit lepas tu goreng sampai air dah kering, masukkan hirisan bawang besar, cili masak, kacang buncis dan perasa. Siap. Dah boleh makan. :)
No comments:
Post a Comment