Monday, 3 December 2018

Pengalaman Menginap di Oscar Villa Aonang Krabi


Hari ni nak cerita sikit pasal hotel yang saya menginap di Krabi. Saya booking melalui Agoda. Bayar siap-siap secara online RM144.35 semalaman. Cerita details ada di sini
Hotel ni jarak 3km dari Pantai Ao Nang, Krabi. Tak jauh sangat pun. Senang bergerak kalau yang ada transport. Yang takde, boleh guna shuttle yang dorang sediakan.









Saya booking bilik jenis Bedroom Villa. Biliknya kat bawah, dekat dengan pool. Parking kereta depan bilik. Yang bestnya bilik ni ada ruangan pantry. Maksudnya ruangan asing dari katil. Disediakan pinggan, mangkuk, sudu, garpu, peti ais, sinki termasuklah dapur elektrik dan microwave. Yang rajin nak masak, bolehlah memasak.
Pekerja kat sini kebanyakan muslim dan boleh berbahasa melayu dengan lancar. Sangat mudah nak berkomunikasi. Dorang pun friendly dan sangat membantu. Kawasan pun bersih sangat.
Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi. Menu sarapan pagi lebih kurang macam masakan Malaysia. Ada nasi goreng, sosej, pancake, buah-buahan, cornflakes dengan susu segar, jus. Tak banyak sangat tapi kenyang ðŸ˜Š
Untuk yang nak beli pakej island hoping pun elok beli kat sini je sebab harga dia 750baht (RM95.45) sahaja berbanding yang jual dekat luar tu rata-rata letak harga 1200-1300baht seorang dewasa. Jauh beza tu kan. Kanak-kanak dorang caj 450baht (RM57.27). Yang ini untuk 4 island. Yang 7 island saya tak pasti. Lupa nak tanya.
Dah pergi Krabi, jangan lupa makan pancake Krabi ye 


Thursday, 29 November 2018

Persediaan Nak Ke Krabi dan Hatyai Menaik Kereta


Hari ni saya nak share beberapa persediaan saya nak ke Krabi dan Hatyai pada 26 November 2018 akan datang ni. Sebenarnya ni kali kedua saya ke Thailand dengan kereta. Sebelum ni pada 2016 kami ke Krabi - Phuket - Hatyai. Kali ni hanya ke Krabi - Hatyai saja. Tak larat nak drive jauh lagpun cukuplah sekali ke Phuket. Krabi tu nak pergi lagi sebab masa pergi dulu tak berpeluang nak snorkelling sebab masa tu waktu hujan. Kali ni harapnya ada rezeki nak snorkelling di Krabi dan makan pancake Krabi. Anak-anak pun rindu sangat nak makan pancake Krabi yang super sedap tu. Hatyai pulak memang rindu semua terutamanya bab makan. Memang rindu sangat la. Lepas tu Hatyai lebih banyak tempat nak berjalan berbanding Phuket dan Krabi.

Ok, back to our topic berkenaan persediaan saya nak ke Krabi dan Hatyai menaiki kereta sendiri. Memandangkan zaman teknologi ni, semua di hujung jari saja. Jadi kita beli siap-siap insurans dan roadtax kereta nak masuk Thailand secara online. Saya pilih NZ Northern Enterprise. Harganya semua sekali termasuk poslaju RM45. RM45 ni untuk insurans dan roadtax kereta 3rd party, white card (TM6), Borang TM2/3 dan juga poslaju dokumen ni semua  pada kita. Servis company ni memang cepat. Hari ni saya whatsapp, bayar, esok dah sampai. Selesai bab insurans kereta.

Lepas tu saya booking hotel di Krabi dan Hatyai. Saya booking seminggu sebelum tarikh pergi. Kita boleh pilih ikut bajet kita, kawasan dan sebagainya. Elok kalau kita book siap-siap hotel ni bagi elakkan kecelaruan bila sampai sana. Sebab kalau dah book awal, senang sampai sana terus ke hotel. Takdelah baru nak cari-cari. Saya dah alami waktu pergi tahun 2016. Kononnya sebab ada kereta, kami decide sampai sana baru cari hotel dan akhirnya kami buang masa sejam lebih cari hotel. Waktu cuti sekolah, banyak hotel full. Konon nak hotel tepi pantai Ao Nang tapi akhirnya kami terpaksa ambik hotel di Bandar Krabi. Cuma dapat lebih murah lah. Waktu tu hotel di Bandar Krabi tak sampai RM100 untuk satu  malam tapi selesa.

Kali ni book siap-siap di Oscar Villa Ao Nang Krabi. Jarak ke Pantai Ao Nang sejauh 3km. Okeyla, tak jauh mana sebab ada kereta sendiri nak bergerak. Harga hotel ni RM296.42 untuk dua bilik jenis Bedroom Villa satu malam. Yang ini dah bayar siap-siap secara online melalui Agoda.


Untuk Hatyai pulak saya pilih Grand Plaza Hotel. Harga bilik RM271.00 untuk dua bilik jenis Deluxe Double Room satu malam. Yang ini melalui Booking.com tapi bayar di hotel waktu check in. Jadi, jangan lupa aktifkan kad kredit atau kad debit sebelum ke sana. Cuma call pihak bank dan minta dia aktifkan.

Yang terakhir jangan lupa ambik travel insurans. Kita memang tak nak apa-apa berlaku tapi siapalah kita nak melawan takdir kan. Lebih baik kita ambik je insurans ni. Sebelum ni saya ke mana-mana memang tak pernah ambik insurans travel ni tapi bila baca banyak kejadian tak diingini berlaku kepada para pelancong kita, rasa perlulah saya ambik insurans ni. Harga pun tak mahal. Cuma RM66 untuk satu keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak)

Saya ambik AXA Smart Traveller sebab rasanya ini paling murah dan review dari orang lain yang kata senang untuk urusan claim. (Harapnya saya tak perlu claim)


Kos Setakat ini

Insurans Kereta : RM45.00
Insurans Perjalanan : RM66.00
Hotel Krabi : RM296.42
Hotel Hatyai : RM271.00

Total : RM678.40

Wednesday, 31 October 2018

Mandi-manda di Golfview Residence Club, Bandar Tasik Puteri, Rawang




Kejadian Sabtu lepas. Tempat ni dekat je dengan rumah saya tapi tak pernah tahu kewujudan kerana kurang diberi promosi. Tau pun dari kawan yang duduk area sini. Saya pun terus bawak anak dan anak-anak buah ke sini. Best jugak. Kebetulan baru lepas hujan, orang tak ramai. Bayaran masuk cuma RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 bagi dewasa. Bayaran ni dikenakan kalau kita nak mandi je. Kalau setakat temankan anak-anak, tak perlu bayar pun. Bagus kan?

Kafe
Kat sini ada jugak kafe, gym, indoor playground. Bolehlah guna bagi yang berminat. Saya cuma duduk rehat-rehat sambil perhatikan anak-anak mandi. Seronok sangat dorang. Takyah pergi jauh-kauh kan.

Toilet
Tempat Tukar Baju

Locker
Toilet, tempat tukar baju pun ada, bersih dan selesa. Kira berbaloila dengan bayaran masuk tu. Kolam takla besar mana tapi ok je.


Tempat ni sebenarnya untuk buat event macam birthday party atau apa-apa yang sesuai untuk kapasiti orang yang sikit. Bayaran untuk majlis pun  murah. RM550 je. Untuk lebih  lanjut uols call la sendiri ye heheh. Kang salah bagi info pulak kita.

Tuesday, 30 October 2018

Kek Coklat Kukus Mini


Malam tadi rasa teringin sangat nak buat kek coklat kukus ni. Dah dekat seminggu dok simpan resepi dapat kat FB. Kebetulan free dan kerajinan sangat, kita terus buat. Senang sangat buatnya. Letak semua bahan, mix je. Pastu kukus. Sedap pun ye. Kurang manis. Just nice. Makan pagi ni lagi sedap sebab dah rasa pahit-pahit lemak coklat tu.

Satu adunan dapat dalam 120 biji cup kecil. Masa kukus letak paper cup dalam acuan lompang baru dia cantik. Adunan bubuh penuh baru dia membukit. Kalau buh 3/4 je dia tak membukit.


Resepi kata kukus tiga minit je tapi saya kukus 10 minit baru masak elok. Jadi terpulang pada kukusan masing-masing kot. Pandai-pandailah adjust.

Kek Coklat Kukus

Resepi :
3 bj telur
1 cwn susu pekat
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwm serbuk koko
1 cwn air panas
1 penutup esen vanila

Cmpur Semua bahan di atas dan mix 5 mnt
Sudah sebati masukkan
2cwn tpg gndum
1 sudu teh soda
1sudu baking powder
Sebatikan..
Masuk dlm acuan
Kukus slma 10 mnit
Kredit Resepi : rozi yani via mahn

Monday, 29 October 2018

Waffle Lembut Gebu


Sebenarnya dah lama tak buat waffle. Lepas tu Iris selalu lah beli kat depan Speedmart tu sekeping RM3.00. Padahal mama buat dapat berkeping-keping kan. Akhirnya mama rajin malam ni. Terjadilah waffle ni. Saya lebihkan sikit susu segar dan dapatlah waffle lembut yang sedap.

Waffle

3 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
1 1/2 cawan fresh milk
1 cawan gulan
1 cawan butter cair
2 biji telur gred B
1 st esen vanilla / esen waffle

Campur semua, mix sebati. Bakar dalam acuan waffle. Siap