Permintaan dari kakak yang nak sangat makan sagu gula melaka. Mulanya malas nak buat tapi petang semalam keluar jalan-jalan terus singgah kedai beli sagu dan santan. Balik terus godek-godek di dapur dan siap. Malamnya dia sms suruh tapau sebab nak bawa ke tempat niaga. Aku tengah tidur dia sms "macam ni baru sedap sebab sagunya masak betul"..hehehe...Terima kakak ku atas pujian. Biasanya saya masak sagu tu kejap je sebab takut hangit. Rupanya kena masak lama-lama sampai yang berbintil putih dalam biji sagu tu hilang. Alhamdulillah selepas beberapa cubaan dah dapat buat yang terbaik.
No comments:
Post a Comment