Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Monday, 9 July 2018

Cubaan Membuat Choco Stick Yang Sedap

Nestum, Original, Almond

Projek tertangguh sejak dari bulan puasa. Sebenarnya beli biskut ni nak try buat sendiri kat rumah. Tengok orang jual boleh tahan jugak harganya. Jadi lebih baik buat sendiri. Selain dapat makan dengan puas, dapat jugak berjimat-cermat.

Cubaan pertama nak cairkan coklat gagal. Entah kenapa, mana silapnya. Saya pun tak tahu padahal dah selalu sangat cairkan coklat dengan cara yang sama. Ok fine, kita cuba lagi.

Minggu seterusnya yang masih dalam bulan puasa, saya cuba lagi. Kali ni guna coklat yang dibeli dari Lembaga Koko Malaysia. Dorang ada datang ofis saya buat bengkel coklat. Dah cairkan guna cara double boil pun masih gagal. Haishhh geram pulak kita. Dah kenapala taknak mencair pulak coklat ni. Terusla give up nak buat. Nak basuh periuk satu hal pulak kan dengan coklat yang mengeras tu. Tersadai periuk tu berhari-hari dalam sinki.

Ahad semalam tiba-tiba kerajinan menjelma. Fikir punya fikir apa nak buat, terus teringatkan biskut jejari dan coklat yang terperam tu. Terusla buat. Masih guna cara yang sama, double boil coklat tersebut dan dia cair dengan jayanya. Yihaaa!!!

Hasilnya sangat membanggakan, chewahhh...Memang sedap dan anak-anak sangat suka. Sekejap je dah habis sebekas. Saya buat original, nestum dan almond. Tapi paling sedap perasa nestum.

Cara dia senang je, cairkan coklat, celupkan biskut jejari tu, letakkan apa-apa salutan yang kita suka, dan keringkan. Pastu simpan dalam bekas. Siap.
Tengah bersidai tunggu kering

Monday, 21 May 2018

Brownies Cookies




Terjebak jugak dengan resepi viral ni. Hari-hari nampak orang share di FB. Tergugat pulak iman kerajinan. Kenala buat kan. Buat sangat mudah cuma kenala ada macaroon mat tu. Kalau takde, kena kreatif sikit.

Mula saya terus piping atas baking paper dan bakar. Hasilnya mendukacitakan. Rasa memang sedap tapi rupa menakutkan. Hahaha...anak pun takmau makan. Takut punya pasal

Nilah rupa brownies cookies menakutkan

Akhirnya saya dapat idea, pipe kan dalam paper cup nipis. Tadaaa dah jadi

Kenala beli macaroon mat kan. Leh jadi biskut raya tahun ni

RESEPI BROWNIES COOKIES
Kredit to Liza

Bhn2:

120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing -  guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional 

Cara
dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C 
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara

* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu

Tuesday, 1 December 2015

Kek Batik Nestum


Memang sedap. Mudah pulak tu nak buat. Sebelum ni pernah try resepi lain tapi yang ni lagi sedap dan senang. Lagipun kejadiannya tak comot. Elok je bersih. Nak makan pun senang. Thanks namee roslan yang share resepi. Saya cuma tambah nestum sebab  kebetulan memang ada stok. Baik kita habiskan sebelum ia berkulat heheheh.

Kek Batik Nestum

Bahan:

1-1/2 cawan air suam
2-1 cawan milo
3-1/2 cawan susu pekat
4-1 biji telur
5-3 sudu besar serbuk koko/nescafe
6-250g butter - potong kecik
7-1 cawan nestum
8-1 pek biskut marie - patahkan 4

Cara:

Masak semua bahan 1, 2, 3, 4, 5 sampai sebati dalam kuali guna api perlahan. Kacau sentiasa bagi hilangkan ketulan. Sambil tu masukkan butter sikit-sikit. Jangan berhenti kacau. Masukkan nestum. Dah sebati semua tutup api. Lepas tu masukkan biskut marie. Kacau, sebatikan. 

Tuang dalam bekas/loyang yang dilapik dengan plastik atau baking paper. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 jam. Siap. Boleh makan.


Tuesday, 17 November 2015

Coklat Nestum Rasa Macam Kitkat



Serius tak tipu memang rasa macam kitkat. Dapat resepi kat group FB Masak Apa Hari Ini. Sebab senang sangat terusla buat. Sanggup gi kedai memalam semata-mata nak beli nestum. Nampak tak kerajinan yang membuak-buak tu. Kalau datang malas, bahan dah cukup lengkap pun buat tak tahu je kan.

Nak buat coklat ni cuma guna 2 bahan aje. Memang senang. Jadi jajan anak-anak la. Makan sejuk-sejuk sedapnyaaaa



Coklat Nestum

250g Compound Chocolate 
150g Nestum original


Cairkan coklat secara double boiled atau microwave
Campurkan ke dalam nestum. Kacau rata. Tekan-tekankan dalam loyang. 
Potong. Masukkan dalam peti bagi keras dalam 30 minit. Dah siap boleh makan.


***Saya masukkan dalam pinggan ikea je tapi kena buat 2 pinggan la. Kang tebal sangat keras pulak nak makan.