Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Monday, 15 January 2018
Apam Mekar
Lama sangat dah tak buat apam ni. Padahal inilah kegemaran anak-anak. Kali ni buat sebab kebetulan ada orang order untuk minum petang majlis penyampaian beg. Fikir punya fikir apalah kuih yang senang nak buat. Teringat pulak apam ni. Alhamdulillah menjadi. Takut gak buat time orang order ni kan kadang saja je tak jadi lah, tak cukup bahanlah. Menguji kesabaran betul hehehe. 1 adunan ni dapat dalam 25-30 bijik apam. Saya guna cup sederhana besar dan isi 3/4 cup tu. Jadi dia mengembang cantikla. Mula-mula isi separuh tapi tak kembang cantik. Untuk resepi boleh tengok kat sini dan sini.
Monday, 27 February 2017
Cream Puff Filling Custard
![]() |
Tengah kacau filling kastard |
![]() |
Better jangan bakar bertingkat macam ni sebab yang bawah terbantut perkembangan |
Cream Puff filling Custard
1 cawan air
2 biji telur gred B
1 sb gula
1 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanila
3/4 cawan butter
Masukkan air, gula dalam periuk. Gula dah hancur masukkan butter. Bila dah mendidih masukkan tepung gandum. Kacau rata. Biarkan suam.
Bahan yang dimasak tadi mixer kan 3 minit lebih kurang untuk sebatikan. Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila. Mix sebati.
Masukkan adunan dalam piping beg. Piping kan atas baking paper. Spray air atas cream puff sebelum dibakar. Bakar suhu 170c lebih kurang 25-30 minit api atas bawah. Siap.
Filling Custard
2 sb tepung kastard
2 sb gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30gram butter (lebih kurang 2sb)
2 sk esen vanilla
Cara:
Satukan semua bahan kecuali butter dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Padam api. Tambah butter dan esen vanilla. Kacau rata dan biar sejuk. Pipekan ke dalam cream puff. Gunting cream puff separuh atau cocok je dengan nozle. Saya cocok je
atau try yang ini
Filling Cream Custard Vanilla Cheese
1/2 cawan air + 3sb tepung kastard. Larutkan
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sb gula
1 sk esen vanilla
1/2 cawan cream cheese (optional)
Masak semua bahan sampai agak pekat. Matikan api, teruskan kacau dan boleh pipingkan masuk dalam cream puff. Tabur gula icing atasnya. Siap.
Wednesday, 15 February 2017
Roti Puri
Lama dah tengok orang share resepi roti ni. Baru berkesempatan nak cuba. Laa senang rupanya nak buat. Sedap pulak tu. Memang masuk list untuk menu minum petang dan sarapan la jawabnya ni.
Roti Puri
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas
Cara
Gaulkan sebati tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak. Masukkan air panas, gaul rata. uli adunan sampai tidak lekat di tangan. Kemudian bulat-bulatkan. perap selama 15 minit.
Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Waktu goreng kena selalu simbah minyak atas roti tu. Baru dia mengembang.

Monday, 23 January 2017
Roti Jala Coklat
Dari Jumaat lepas resepi dok viral di FB. Asik lalu-lalang je kat wall kita. Semalam terajin pulak nak try. Maka terjadilah. Buat pulak sos coklat tapi tak menjadi pulak. Entah mana silapnya. Makan kosong macam tu jelah akhirnya. Sos coklat Hershey's habis stok pulak kat rumah. Dah cari kat Speedmart pun takde.
Rasa roti jala coklat ni takdelah jauh beza dengan roti jala biasa tu cuma ada rasa pahit-pahit sikit daripada serbuk koko tu. Kalau cicah sos coklat mesti sedap.
![]() |
Bersama sos coklat yang tak jadi :) |
Roti Jala Coklat
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk koko/coklat
1 biji telur
Sedikit garam
Blend semua. Tapiskan ke dalam acuan. Goreng tanpa minyak. Siap.
Wednesday, 4 February 2015
Donut
Lamanya tak bersiaran. Sekarang banyak buah malas je...Sesekali tengok orang update resepi kat FB baru datang buah rajin. Tu pun kena segera dilaksanakan, kalau tak memang berkubur gitu aje..hehehe
Disebabkan cuti lama dari hari Sabtu, Ahad, Isnin sempena Hari Wilayah dan Selasa sempena Thaipusam perut ni memang lapar aje. Daripada dok termenung baik buat sesuatu yang boleh di ngap. Bahan dah ada, terus jelah buat. Lama dah tak mendonut sebenarnya. Ingat-ingat lupa dah semua. Tapi resepi kan ada. Kita ikut je step by step. Tak tau buat cara tak tau, jangan nak memandai-mandai hahahaah...
Alhamdulillah akhirnya menjadi. Separuh salut gula, separuh lagi salut coklat. Dapat dalam 20 biji, habis semua. Bagus, kalau macam ni buah rajin akan selalu menjelma hehehe...
Next time nak cuba dengan sosej pulak. Tengok macam sodap jeee...
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu - aku guna susu anak aku jer..hehehe
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus
Bahan B:

DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria
Sumber: Sifu Suria
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu - aku guna susu anak aku jer..hehehe
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus
Bahan B:
200 ml air suam*
2 sudu teh instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu (tak guna pun)
Cara-caranya :
Bancuh Bahan B, masukkan ke dalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli sehingga doh licin dan lembut. Bentukkan menjadi donut dan tunggu sehingga doh naik lebih kurang 30 minit. Goreng dan salut dengan gula.
Cara Seindah Salju

1. Bancuh Bahan B dan masukkan ke dalam
Bahan A.
2. Masukkan air tambahan jika perlu.
3. Ulu doh hingga licin dan lembut -
aku uli lama sikit la...
4. Perap doh selama 1 jam hingga doh naik
2 kali ganda.
5. Kemudian, tumbuk2 doh tue bagi angin
keluar. Uli sekejap.
6. Bentukkan menjadi donut menggunakan
acuan atau buat jer pakai tangan.
7. Tunggu hingga doh naik lebih kurang 30
minit.
8. Goreng dan salut dengan gula -
guna api sederhana
Untuk donut sosej :
1. Uli doh menjadi tali yang pantang -
ikut kepanjangan sosej ye
2. Lilitkan keliling sosej dan biar doh
naik. - sosej x perlu rebus, just basuh sajer.
3. Goreng sekejap sajer.
Wednesday, 5 February 2014
Roti Jala Mudah
Memang mudah dan sedap. Lembut je. Lepas ni senanglah nak menjala. Bahan pun yang mudah-mudah aje. Saya terlebih rajin buat roti jala ni sebab ada tetamu kat rumah. Sempena CNY tu family dari JB datang berjalan. Saya masak kari ayam untuk tengah hari. Tengok masih ada lebihan dua tiga ketul ayam saya pun menjala untuk minum petang. Amalkan berjimat cermat kononnnya. Jangan membazir. Hehehe
Tengok resepi pun mudah je. Teruslah buat. Paling istimewa sebab kali ni tak guna acuan roti jala yang dibeli kat kedai tapi kita buat sendiri punya. Tengok kat youtube. Cuma perlukan botol air mineral, paku yang dipanaskan. Lepas tu tebuklah lubang kat penutup botol tu. Siap. Masukkan batter roti jala dan bolehlah mula menjala. Senang sangat membuatnya. Toksah kalut dok beli acuan dah.
Roti Jala Mudah (Dapat dalam 20 keping)
Sumber: MyResepi
Bahan:
150g tepung gandum
1 biji telur
150ml air
150ml susu segar atau santan
3 sudu mentega cair - saya letak minyak
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit
Blend semua bahan. Tapiskan. Masukkan dalam acuan.
Panaskan kuali leper. Letakkan minyak sikit dan mulalah menjala. Siap!
![]() |
Asal boleh je corak yang jadi. Janji kenyang :) |
![]() |
Posing atas pinggan Arcopal yang dibeli kat car boot sale |
Roti Jala Mudah (Dapat dalam 20 keping)
Sumber: MyResepi
Bahan:
150g tepung gandum
1 biji telur
150ml air
150ml susu segar atau santan
3 sudu mentega cair - saya letak minyak
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit
Blend semua bahan. Tapiskan. Masukkan dalam acuan.
Panaskan kuali leper. Letakkan minyak sikit dan mulalah menjala. Siap!
Wednesday, 8 February 2012
Apam Mekar Again and Again
Bukan takde kuih lain yang nak dicuba tapi yang ini jugak yang memikat selera. Lagipun senang je nak buat dan bahan semua dah tersedia kat rumah. Menggodek ni adalah dalam sejam dah siap kukus semua. Dapat dalam 30 biji. Dah habis pun semua. Azroy memang suka apam ni. Kalau ada tetamu nak datang pun sempat lagi kita nak buat dan hidangkan. Mesti seronok kan tengok tetamu menjamu selera dengan hasil air tangan kita. Kali ni saya guna warna merah dan kuning sebab warna lain semua dah tamat tempoh tahun lepas. Yang tinggal 2 warna ni dan warna hitam yang saya nak cuba buat apam polka dot tapi buat bee. Cuma belum berkesempatan lagi nak buat. Tengah mengumpul semangat je ni.
Apam Mekar
250g gula
2 biji telur
300g tepung gandum
250ml susu segar atau susu cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalete
Pewarna pilihan
Cara:
Panaskan kukusan. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanila, tepung, susu dan ovalete. Pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna bagi setiap bahagian. Masukkan dalam piping bag. Paipkan ke dalam cup. Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk apam mekar di bahagian atas. Tutup penutup kukusan bagi elakkan air jatuh ke atas apam.
Saya guna dua pewarna sahaja. Kalau malas melanda guna satu pewarna dan satu lagi warna asal adunan. Hehe.

Monday, 21 November 2011
Bahulu Senyum
Saya buat ni semalam untuk minum petang. Tetiba rasa rajin pulak nak menggodek. Tanya Azroy nak makan kuih apa, jawabnya "nak makan kuih warna-warni". Itu tak lain tak bukan mesti nak makan apam. Saya pun cari resepi apam yang lama-lama. Terjumpa resepi Bahulu Senyum yang saya dapat di blog Masam Manis. Tengok bahan pun semua ada kat rumah. Memang sesuailah untuk saya cuba.
Buatnya senang, sekejap je. Saya guna emulco coklat dan perasa strawberry. Memang sedap. Rasanya macam apam jugak sebenarnya. Saya guna paper cup saiz S, dapatlah dalam 70 biji. Tapi yang peliknya bahulu saya ni tak tersenyum macam bahulu kak ita lah. Hehe. Rasanya sebab saya kukus guna api sederhana. Tapi tak apa, sebab walaupun tak senyum kejadiannya tetap cantik dan nampak menyelerakan. Thanks pada kak ita yang berkongsi resepi menarik.
Bahan:
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sb ovalet
1 st esen vanila
2 biji telur sejuk
3/4 cawan susu segar
1 st baking powder
1 sb emulco coklat
1 sb perasa strawberry
Cara:
Campur semua bahan kecuali perasa. Pukul hingga adunan berwarna putih.
Bahagikan adunan. Campurkan perasa pada setiap bahagian. Maskkan dalam piping bag. Picitkan ke dalam paper cup 3/4 penuh. Kukus selama 15 minit. Siap.

Wednesday, 9 November 2011
Apam Aiskrim Soda
Buat lagi Isnin lepas untuk dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Berkunjung bukan sempena raya pun tapi saja menyinggah rumah baru katanya. Kebetulan kedai semua belum bukak lagi. Air aiskrim soda minggu lepas masih ada. Jadi nak senang cerita saya pun buat je apam ni lagi. Katanya sama macam kuih kat kampung dia (Indonesia) cuma nama yang lain dan saya buat cantik sebab berjalur-jalur. Kalau kat kampung cuma warna putih. Hehe. Saya jawab sebab orang Malaysia kreatif. Untuk resepi boleh tengok kat sini.
Tuesday, 1 November 2011
Apam Mekar
Resepi apam ni pun antara kuih yang saya try masa mula-mula belajar buat kuih. Resepi ni saya dapat di fotopages Kak Hanieliza. Ada buat dua tiga kali jugak dulu. Lepas dah pindah ke rumah sewa takde buat lagi sampailah dah duduk rumah sendiri. Sekarang mood nak update blog dah kembali. Jadi banyaklah idea nak cuba resepi-resepi yang ada. Minggu lepas dah buat Apam Icecream Soda. Minggu ni kita try buat apam mekar pulak.
Sebab dah lama sangat tak buat saya pun dah lupa sepatutnya apam ni kena lapik dengan bekas acuan tat papernya. Mula-mula saya just letak paper cup tu terus dalam loyang. Bila kukus tu semua jadi benyek. Huh, barulah teringat kena lapik ngan acuan tat. Tapi walaupun benyek habis jugak Azroy ngan Iris makan. Rupa tak cantik tapi rasanya memang sedap. Sebelum makan tu Azroy siap terkejut lagi. Kenapa kuih mama teruk? Heheh....Teruk dari segi rupa tak apa Azroy sebab masih boleh makan. Kalau teruk dari segi rasa alamatnya ke tong sampah jelah.
Kukus round kedua tu dah lapik dengan acuan tat. Barulah jadi cantik dan mekar setaman. Dapatlah dalam 30 biji guna papercup saiz M. Pagi ni saya tengok dalam bekas tu adalah lagi 4 biji. Lagilah bertambah semangat nak menggodek kuih kalau jadi kesukaan keluarga.
APAM MEKAR
Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar (saya guna susu cair)
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.
NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..
Inilah rupa apam benyek |
Ada yang malu kucing nak mekar |

Friday, 28 October 2011
Apam Aiskrim Soda
Lama betul tak buat kuih apam ni. Apam ni saya buat masa mula-mula kenal dunia blog masakan. Masa tu memang rjain try segala jenis resepi tapi masa tu takde blog sendiri lagi. Jadi takdela gambar kenangan masakan tu semua. Apam ni senang jugak nak buat lagipun bahan-bahan yang digunakan pun tak remeh. Yang paling penting sedap sangat. Sekali adunan tu kalau saya buat memang habis saya sekeluarga je.
Resepi saya dapat dari Chome. Saya dah lupa sama ada dalam MyR atau forum cari. Apa pun terima kasih pada penyumbang resepi yang mudah dan sedap ni. Kalau tetamu nak datang kiranya memang sempatlah nak godek jap. Angkat panas-panas hidangkan, huh...best betul...
Apam Aiskrim Soda
3 cawang tepung gandum
2 cawan gula (saya letak 1 setengah cawan)
4 biji telur
1 cawan air asikrim soda
1 sudu teh ovalette
perasa strawberry (saya letak esen vanila)
pewarna pilihan (saya guna 2 warna)
Cara:
Pukul telur dan gula hingga kembang. Campurkan tepung. Pukul sebati. Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati.
Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan. Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis. Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.
Monday, 17 October 2011
Donut Sifu Suria
Cik Donut tengah tunggu untuk digoreng |
Buat semalam dapatlah dalam 25 bijik. Orang kat rumah makan sikit je. 5 biji bagi pada kawan mengaji Azroy. Selebihnya semua bagi pada pekerja kakak tuh. Biar dia makan puas-puas. Takdela dia merungut lagi...
Wednesday, 10 August 2011
Apam Polka Dot
Buat ni untuk buka puasa hari ketujuh minggu lepas. Sajala buat untuk anak-anak. Dorang suka makan apam ni. Azroy panggil muffin dot dot. Sekali makan dekat 10 bijik. Dia memang suka. Siap request warna lagi. Resepi ni saya dah lupa dapat dari mana tapi yang pasti dari kawan-kawan blog masak. Terima kasih sudi syer resepi.
Apam Polka Dot - dapat dalam 120 biji paper cup paling kecil
275 tepung gandum}
3 sudu teh baking powder}ayakkan
3 biji telur
3 biji telur
150ml susu segar- aku guna susu cair
200g gula halus
Pewarna pilihan
Perasa pilihan-kaya paling sedap
Cara:
Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Pukul dengan kelajuan maksima lebih kurang 6-8 minit.
Bahagikan kepada tiga bekas. Campurkan pewarna bagi setiap bekas. Masukkan dalam paper cup separuh. Isikan kaya. Masukkan lagi separuh hingga lebih kurang 3/4 paper cup. Pastu dot-dot kan.
Kukus dalam 8-10 minit. Gunakan api kecil.
Wednesday, 8 June 2011
Onde-Onde
Teringin pulak nak makan onde-onde atau lebih dikenali buah melaka. Try buat dalam 2 cawan tepung. Menjadi jugak cuma ada tebal ada nipis. Tak konsisten lagi. Tapi senang jugak nak membuatnya. Cuma kena adjust tebal dan nipis. Kalau tebal agak kenyal sikitlah kuih ni. Kalau nipis tu sedap je masuk mulut. Resepi ni agak-agak sendiri je.
2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung beras
Jus pandan atau pewarna + air
Kelapa parut putih + garam - untuk gaul
Gula melaka - potong kecil
Cara:
Gaul tepung dengan air sikit demi sikit hingga tidak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh dan leperkan. Masukkan gula melaka. Gentel bulat.
Dah siap semua, masukkan dalam air didih. Bila timbul dipermukaan ambik dan sejat. Golekkan dalam kelapa. Siap.

Friday, 3 June 2011
Popia Kentang
Balik keje lepas masak untuk dinner aku try buat popia kentang ikut resepi kak sitidelima. Mula-mula buat tu tak pandai nak menggulung. Abes kuar segala isi perut popia. Cuba dan cuba lagi rupanya kena mula gulung dari sudut kulit popia. Oh, barulah ku tahu macam itu rupanya. Dapatlah dekat 30 biji popia. Aku goreng dalam 15 biji. Selebihnya aku frozenkan. Hasilnya sangat memuaskan. Next time boleh buat lagi banyak-banyak dan frozenkan. Senang kalau ada tetamu datang.
Popia Kentang (resepi setelah diolah ikut bahan yang ada)
5 biji kentang - rebus dan lecek
1 biji bawang besar -cincang
2 biji bawang putih -cincang
1/2 serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 sudu besar tepung + sikit air - untuk gam kulit popia
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika. Perasakan dengan sikit garam.
Masukkan kentang. Kecilkan api. Gaul rata. Tutup api. Sejukkan inti.
Gulung inti dalam kulit popia hingga habis. Goreng hingga kekuningan. Siap.
Untuk resepi asal sila ke blog www.sitidelima.com

Friday, 19 March 2010
Burger Malaysia
![]() |
Tengah tunggu mengembang |
Lepas makan teruslah menguli. Saya main campur semua sekali dalam besen. Terlembik sudah. Memandai-mandailah kan tambah tepung. Sib baik menjadi jugak. Elok kembangnya. Dah goreng pun tak berminyak. Sedap pulak tu. Pagi ni ada balance 2 biji bawa ke ofis. Thanks to Yani MyR untuk resipi yang sedap dan mudah ni.
Burger Malaysia
200 gram tepung gandum
140 ml air
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu kecil yis
Cara:
Uli semua bahan hingga tak melekat di tangan. Kalau melekat jugak tambah tepung lagi sikit-sikit.
Bulatkan doh dan biar naik 2 kali ganda. Lebih kurang sejam.
Lepas tu bulat kecil-kecil. Biar naik 2 kali ganda lagi.
Goreng api sederhana hingga kekuningan.
Sejukkan dan potong bahagian tengah. Jangan sampai putus.
Letakkan sambal ikan bilis dan timun.
Tuesday, 23 February 2010
Pau Gebu
![]() |
Susun dalan kukusan dan sedia untuk dikukus |
Ahad lepas teringin sangat makan pau. Lepas keluar hantar Nabila dan Ayep cuba cari pau kat gerai tepi-tepi jalan tuh. Takde pulak pakcik tu meniaga. Balik rumah belek-belek resepi pau yang senang dibuat. Adalah satu resepi senang tapi shortening pulak tak ada. Tapi saya bantai je guna minyak masak sebab ada gak resepi yang guna minyak selain dari shortening. First time lah saya memandai ubah resepi. Biasanya memang ikut sebijik bagai ditulis.
Dah siap semua terus kukus dan tengok walla....naik menggebu. Rasa okey, sedap cuma bau yis kuat sangat. Sama ada yis tu yang berbau atau saya letak banyak sangat. Entahlah. Tak kisah, janji boleh ngap. Azroy makan sampai 3 biji. Aku makan 2 biji aje. Yang lebih simpan untuk Jay tapi dia tak makan pun. Tetiba je demam panas pulak. Thanks pada tuan punya resepi. Ikut resepi Cik Mat Gebu...
Sunday, 7 February 2010
Donut Sifu Suria
Lepas makan nasi tengah hari teringin pulak makan kuih. Nabila dan Ayep pun ada kat rumah. Sesuai sangatlah buat kuih-kuih ni sebab ada orang nak tolong perabiskan. Fikir punya fikir, belek punya belek buku resepi nampak gaya buat donut ajelah. Lagipun bahan senang, tak payah ke kedai. Cuma kali ni nak salut ngan coklat sebab selalunya salut ngan gula. Teringat pulak topping coklat dari Sue Rans yang sangat sedap itu dan donut dari resepi Sifu Suria. Uli ikut resepi tu dapatlah lebih kurang 25 biji saiz sederhana. Topping coklat pulak buat separuh adunan sahaja. Ngam-ngam pulak dengan donut. Senang, tak payah nak simpan-simpan lagi. Hasilnya sangat memberangsangkan. Habis licin kesemuanya. Alhamdulillah. Boleh buat lagi lain kali.
Monday, 1 February 2010
Kuih Ketayap atau Kuih Gulung
Balik keje rasa nak makan kuih. Malas pulak nak menyinggah beli sebab yang ada kat area rumah tu semuanya jenis goreng-goreng saja. Pisang goreng, keledek goreng, karipap, dan semualah yang bergoreng. Saya tak berapa gemar kuih yang goreng-goreng ni. Jadi terpaksalah buat sendiri kalau nak makan kuih manis-manis tuh. Dalam peti masih ada inti kelapa buat kuih koci minggu lepas. So, paling senang saya buat aje kuih gulung ni. Sekejap dan mudah. Bahan pun semua ada kat rumah aje. 10 minit dah siap dan boleh ngap. Hehe...Buat dalam 6 ketul aje. Saya sorang perhabiskan sebab takde orang lain pun kat rumah. Semua keje...
Wednesday, 29 April 2009
Cucur Bilis Kembung
Semalam balik keje rasa nak makan kuih bergoreng. Teringat pulak resepi cucur bilis kembung dari MyR. Try lah buat semalam. Memang sedap dan memang kembung...Hehe...Next time kena banyakkan ikan bilis. Semalam tak berapa nak rasa ikan bilis sebab dan blend. Gambar tak snap sebab tak cantik. Tak pandai bulat-bulatkan...Ni resepi saya copy paste dari MyR...Tq...
Cucur Bilis Kembung
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tpg gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cawan air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Subscribe to:
Posts (Atom)