Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Tanaman. Show all posts

Friday, 28 October 2011

Pokok Kari Membesar Dengan Jayanya

Siap bercabang lagi pucuk baru tuh

Selasa lepas dapat peluang balik rumah awal sikit sebab Dewan bercuti sempena sambutan Deepavali. Dapatla buat kerja rumah dan paling penting dapat rehatkan mata depan pokok-pokok saya. Sekali terkejutla pulak tengok pokok kari yang baru dua hari tak dijenguk tu dah bercambah pucuknya. Dahlah bercabang pulak tuh. Wah...sungguh teruja. Best betul. Tak sangka cepat betul membiak. Saya cuma taburkan baja dua minggu sekali dan siram dengan air beras 2-3 hari sekali. Memang nampak ketara sangat pembesaran pokok ni. Yang dua hari lepas boleh tengok kat sini.

Pokok pandan pun dah mula keluarkan dua tiga anak pokok. Tapi pelik sikit sebab daunnya tak besar sangat dan panjang macam yang dijual kat kedai. Tapi tak apa sebab masih boleh guna. Cerita daun pandan nanti saya share lain kali.

~Bye

Tuesday, 18 October 2011

Pokok Daun Kari

Dua minggu lepas singgah nurseri pokok kat tepi highway Sungai Buloh tu. Plannya nak beli pokok daun kari. Tapi biasalah bila dah menyinggah tu ada je benda lain yang tersangkut sama. Ternampak pokok hijau comel-comel. Ambikla sepasu buat hiasan kat balkoni tu. Pokok kari tu saya beli RM5.00 sepasu. Masa beli tu daunnya takde lah elok sangat. Mungkin dorang tak berapa jaga. Sebab pokok-pokok macam ni bukan selalu orang cari pun kan. Dah balik tu saya terus tukar dalam pasu. Siram hari-hari dan letak baja. Minggu lepas saya tengok dah bertunas yang baru. Ahad tu gembur-gemburkan tanahnya dan tengok dah besar tunas. Wah, seronoknya. Pastu sempatla guna setangkai daun kari tu buat masak ayam goreng berempah. Hmm, sedapnya. Hehe...

Pokok daun pandan yang saya tanam dulu pun dah mula keluarkan anak.

Pokok limau purut pun dah banyak daunnya. Rasa tenang je bila mengadap pokok-pokok ni semua.

Tuesday, 1 March 2011

Dah Berhasil


Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 bulan menanam pokok cili tu sekarang dah mengeluarkan hasil...seronok pulak tengok hasil tanaman sendiri walaupun buahnya tak seberapa...adalah 10-15 biji sepokok tu tapi banyak lagi masih berbunga...Sekarang tiap hari balik kerja itulah dulu ditengok lepas memeluk erat anak-anak...Lepas tu baru masuk dapur untuk masak-masak...rasa tenang je tengok pokok-pokok tanaman sendiri membesar...Benih tomato dan sawi nampaknya tak menjadi pulak...sawi yang dah tinggi sejengkal asyik ditiup angin dan rebah...Akhirnya saya buang aje...anak pokok tomato pun sama..kebetulan masa tu memang musim hujan dan angin lebat..almaklumlah duduk rumah tinggi ni..anginnya bukan main hebat lagi...
Yang terbaru ada semai biji benih salad...hari tu anak pokoknya dah naik sejengkal tapi apakan daya ada tukang kebun tak bertauliah pulak cabut anak pokok tu...huhu...itulah Iris anak perempuanku yang sangat rajin tu....aduii...nasib baik anak..klu adik ke, anak buah ke mau ku piat telinga...hahah...
Lepas tu saya semai lagi sepasu...dah 2-3 hari tapi belum nampak bayang....Kunyit pun ada ku sumbatkan dalam tanah seketul tapi pun belum nampak bayang bertunas...tak taula kalau salah cara penanaman pulak...lepas ni kena buat kajian sikit cara-cara menanam kunyit....senangla kalau nak buat pais ikan ke, gulai-gulai ke...
 
Anak pokok limau purut yang dibeli tempoh hari pun dah mula keluarkan pucuk baru...Alhamdulillah...nampak cantik dan subur aje...Lepas ni senanglah nak masak tomyam...petik aje kat balkoni rumah...:)
Minggu lepas masak asam pedas guna daun kesum hasil tanaman sendiri....Hmm..rasa lain macam pulak bila guna yang sendiri tanam...yang tak sedap pun jadi sedap..hahahah

Friday, 28 January 2011

Tanaman Herba


Dah bertambah koleksi tanaman tapi lom hias-hias lagi. Plannya nak letak pagar plastik dan batu-batu sungai tuh...Wah..dah macam nak buat landskap...Pokok terbaru yang ada pokok limau purut dan keladi hiasan. Limau purut tu untuk ambik daunnya masak tomyam. Kat rumah aku ni seminggu mesti 2-3 kali masak tomyam. Jadi senangla lepas ni petik je depan rumah.

Keladi hiasan tu pulak ambik kat ofis. Tuan pokok dah pencen, pokok pun dah kering gitu je. Tak de sape nak jaga. Daripada semak dalam bilik tu aku pun ambik bawa balik rumah. Tukarkan pasu yg cenonet sangat tu dan letak pancang beli kat nursery RM5. Sekarang dah menghijau, cantik...
Minggu lepas semai biji benih tomato dan cili yang beli kat MAHA tu. Elok dah tumbuh anak-anak tomato tapi takde rezeki pulak. Semalam masa nak alihkan ke tepi rupanya kotak semaian tu dah bocor. Abeslah bedebus tanah-tanah dan pokok-pokok tertimbus...Aduhai...Kenalah semai lagi.
semalam sempat semai benih salad, tomato, sawi. Semuanya aku semai dalam kotak aje...Dah besar nanti transfer je dalam pasu. Mudah-mudahan berjaya la projek pertanian aku nih...heheh Sempat gak semaikan daun kesum kawan ofis. hari ni kena semai lagi 2 pasu untuk jiran-jiran pulak. Seronok pulak kongsi-kongsi hobi dengan orang lain.
Pagi tadi lepas breakfast melawat ke nursery ofis sekejap. Dapatla anak keladi hiasan sikit. Cantik bangat daunnya, berkilau macam minyak....Tak sabar nak balik tanam...

Wednesday, 5 January 2011

Hobi Baru - Home Gardening

Anak pokok cili yang diberi kawan ofis- kak yati
Harap hidup subur. Dah transfer ke pasu pun.
Pokok daun kesum beli kat MAHA, senang nak buat asam pedas dan laksa. Dah transfer ke pasu jugak.


Pokok daun pandan. Beli kat MAHA. Balik tu terus transfer ke pasu dan kerat daun.
3-4 hari selepas tu mula cambah pucuk baru. Sekarang dah ada 4 pucuk baru!!

Alhamdulillah dah siap semua urusan pemindahan ke rumah baru. Tinggal nak touch up masukkan perabot/alatan yang perlu. Plannya sabtu ni nak ke Ikea cari barang bilik Azroy. Kalau ada bajet lebih nak cari barang untuk kitchen cabinet pulak. KC dah siap tapi tempat gantung kuali, tempat sabun dsb banyak yang tak ada lagi.

Sebelum pindah lagi dah survey hobi baru ni. Sebab hobi yang suka masak ni perlukan macam-macam bahan dalam masakan. Baru terfikir tak akan kerana secekak daun kesum nak kena pergi kedai, tak akan kerana sebatang serai nak kena pergi kedai. Kalau simpan stok selalunya memang kering dan terus buang aje. Mulalah terfikir nak menanam sendiri pokok-pokok yang perlu untuk masakan ni. Bila dah dapat kunci rumah kebetulan ada MAHA pulak. Ajak Jay pergi dan mula cari pokok yang perlu. Jumpala pokok pandan, kesum dan biji benih tomato, cili, daun sup. Dah transfer pun ke pasu dan alhamdulillah nampak baik je.
 
Lepas tu semai benih cili tapi nampak macam tak sihat pulak. Mungkin sebab aku lupa nak buat lubang pada plastik beras tu. Kena mulakan balik projek semaian. Tanah pun ada 2 pack lagi. Sekarang tengah study pasal nak menanam sayur-sayuran pulak. Insya-Allah nak tanam sawi, bayam, bendi dan kangkung. Tapi hobi baru ni sama macam hobi masak gak pelrukan sikit modal untuk permulaan macam nak beli pasu, benih, tanah, baja. Walaupun cuma tanam kat balkoni tapi penjagaan kena betul untuk dapatkan hasil yang baik. Moga aku dapat manfaat dari hobi baru ni.