Showing posts with label Berkhemah. Show all posts
Showing posts with label Berkhemah. Show all posts

Thursday, 1 August 2019

Camping di LongSha Camp Site Pulau Kapas, Terengganu





Hari ni saya nak share pasal camp site ni bagi yang berminat. Tempat ni memang best, masih mengekalkan alam semulajadi, tak banyak kemajuan / perubahan / pembangunan yang dilakukan. Mana yang nak bercuti dengan selesa, aircond, tidur atas tilam empuk, ini bukan tempatnya.

πŸš•Teksi dari airport ke Jeti Marang RM50.00. Perjalanan lebih kurang 30-40 minit.
🚀Bot pergi balik sorang RM40.00 dewasa / RM25.00 kanak-kanak. Kaunter bot dia nombor 14. Di bahagian belakang. Perjalanan dari jeti ke pulau lebih kurang 10 minit.

Boat schedule
Marang Jetty to Kapas Island
9:00am, 11:00am, 1:00pm and 3:00pm 5:00pm
Kapas Island To Marang Jetty
9:30am, 11:30am, 1:30pm and 3:30pm 5:30pm

Tapi semuanya boleh dirunding. Call je no 017-965 2968 ni

⛺️Khemah RM15.00 sorang / khemah sendiri RM10.00 sorang
🍽Makan minum sendiri. Boleh bawa bekalan makanan untuk memasak sendiri. Kemudahan tempat memasak semua ada disediakan. Kalau tak bawa boleh makan di kafe sebelah Koko Restauran. Makanan sedap, tempat cantik, bersih. Harga pulau tapi takla melampau sangat. Sedang-sedang saja harganya. Tapi lagi best kalau dapat masak. Orang puteh pun masak tau. Style open kitchen. Share dengan semua orang. Kalau rajin, bawakla dapur sendiri.

πŸ’πŸŸπŸ πŸ¦€Snorkeling RM25.00 sorang unlimited time. Dia hantar kita kat area snorkeling lepas tu dia ambil kita semula ikut masa yang kita nak balik jam berapa. Best sangat macam dalam aquarium, banyak ikan. Puas hati. Jangan lupa bawa roti, kamera waterproof. Lupakan sunburn. Benda boleh hitam, kenapa nak putih πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ“±Caj henfon mulai dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam je. Maka pandai-pandaila korang berjimat cermat bateri henfon tu. Powerbank jangan lupa bawa. 2-3 ketul bawak lagi bagus. Takyah caj henfon sebab tempat caj tu kat dapur. Bukan dalam khemah heheh

πŸ›Bawakla sleeping bag untuk keselesaan. Kalau tak bawak, boleh mintak tilam tapi tak sure harga berapa. Sebab tengok pak arab sebelah mintak tilam.

πŸ”¦Torch light untuk kegunaan di malam hari. Tapi saya guna henfon aje. Tak berkeperluan sangat lah sebab kat toilet, dapur, tempat makan ada lampu. Nak guna waktu dalam khemah kalau nak cari barang je waktu malam.

🚿🚽asing lelaki perempuan tapi jenis toilet terbuka. Maksudnya mandi beramai-ramai. Toilet nak membuang je ada pintu. Nak mandi kena di ruang mandi beramai-ramai macam kat asrama. Bawakla kain basahan

πŸ‘™πŸ‘‘ Baju mandi, selipar jangan lupa bawak. Kalau tak, memang jahanam la kasut. Kalau takde, boleh beli kat jeti. RM5.00 je sepasang. Kedai kat pulau ada tapi jauh sikit dari campsite.

🍞🍭πŸͺπŸ₯œπŸ₯›Makanan ringan dan air mineral pun bawakla sebab bila camping ni memang asik lapar. Tambah yang bawak anak. Dorang kerja nak mandi laut je pastu balik khemah lapar. Pi main pasir, balik khemah lapar hehehe

🏝Akhir kata, tempat best, bersih, kelengkapan cukup, berbaloi dengan bayaran, staf (mungkin tuan punya) pun bagus, sangat membantu, boleh dibawa berunding, tak berkira bab bayaran ni. Kita pulak cari dia nak bayar. Risau terlupa je kan πŸ˜

Ini dulu setakat ni. Kalau ada apa lagi saya tambah.

Toilet




Friday, 30 September 2016

Back to Nature : Berkhemah di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Gambar Google 
Best giler tempat ni. Ikan merata-rata dalam sungai hahahaah. Boleh pegang, boleh mandi dengan ikan. Best ke best? Tapi tak boleh pancing, tak boleh makan ye. Ikan-ikan ni ikan terkawal gitu. Yang teringin nak berkhemah kat sini kena tau satu perkara iaitu parking kereta kat luar pintu gerbang tu. Sepanjang jalan besar. Keselamatan tak dijamin ye. So, pada yang sayang sangat kereta dia dinasihatkan tak usah datang hehehe...Kang termimpi-mimpi kereta dia. Jalan kaki bawakla barang berat-berat tu. Elok kalau bawak troli atau beg pasar tu ha. Jalan kaki dekat 15 minit jugak baru sampai campsite. Ini kejadian September 2015. Baru hegeh-hegeh nak update heheheeh

Pintu Gerbang. Memang tak boleh masuk dengan kereta. Parking area sini sahaja dan jalan kaki masuk campsite
Daftar dulu, ada bayaran deposit untuk yang nak berkhemah tapi maaflah memang dah lupa. Boleh rujuk blog lain untuk keterangan lanjut. Dah siap daftar semua, bolehlah pacak khemah. Saya datang waktu cuti. Memang ramai lah kan. Tapak khemah yang kami pilih pun dah ada yang booking. Kena pilih tempat lain. Memang meriahlah kan.

Meniti balak menuju ke waterfall
Esok pagi-paginya memasing dah tak sabar nak trekking naik ke waterfall. Kebetulan malam tadi hujan lebat. Pengurusan tempat ni memang tak bagi kami naik atas sebab bahaya kepala air. Dah hampir tengah hari baru dapat naik atas tapi memang best la. Nak trekking ni jauh jugak. Tapi best sebab suasana sungai, hutan. Kita tak rasa penat dan lama pun. Tau-tau je dah sampai. Berbaloi jalan kaki jauh bila tengok ikan-ikan keliling kita dalam sungai. Menakjubkan sungguh. Jangan lupa bawak makanan, air sebab lama nak lepak atas kan, Nanti lapar. Takde orang jual makanan. Dah puas mandi sungai, kita pun gerak balik ke khemah. Masa ni budak-budak pun dah ngantuk. Kenala berdukung pulak.

Waterfall. Air keruh sebab baru lepas hujan

Nampak tak ikan-ikan tu. Best woooo
Kalau ada masa lagi memang nak datang sini semula. Tak puas rasanya mandi sungai dengan ikan. Pengalaman yang susah nak diperolehi kan.

Tips / Panduan

1- Hanya dibuka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00am - 6.00pm
2- Isnin - Khamis memang TUTUP
3- Pakai sandal atau crocs sebab nak meredah sungai. 
4- Nak naik ke waterfall pakai terus baju nak mandi. Saya turun pun pakai baju mandi tu semula. Dah sampai khemah baru tukar. So, tak banyak barang bawak. Just bawak jajan
5- Bawak beg waterproof untuk kamera, henfon dll sebab banyak meredah sungai paras dada
6- Bayaran masuk seorang RM1, tapak khemah caj lain

Gambar saya semua tak cantik sebab masa ni henfon rosak. Tapi sebenarnya tempat ni amatlah cantik 

Yeah! Dah Beli Portable Gas Stove

Lama sangat dah nak beli benda ni. Selalu sangat dah survey harga kat Lazada. Tapi tak beli pun. Kali ni nekadkan hati gak beli heheeh...Penting ni kalau nak camping. Selalunya kami guna yang dapur lilin tu je. Memang boleh masak macam biasa, tak susah pun cuma kalau ada ni lagi senang kan. Lilin tu asyik nak kena refill je. Gas ni mungkin lebih lama tahan hayat apinya. Hope so.

Kita try nanti bila gas stove ni dah sampai depan mata. Hujung tahun cuti sekolah memang plan nak bercamping. Best wooo

Harga gas stove ni RM49 + RM1.70 untuk delivery. Tak tau kenapa murah sangat caj tu. Tapi itulah keistimewaan Lazada ni. Saya memang banyak kali jugak beli barang kat sini. So far puas hati.

Actually banyak lagi brand lain gas stove ni. Kenapa saya pilih yang ini? Tentulah sebab harga nya murah heheheh


Monday, 19 September 2016

Back to Nature : Berkhemah di Tepi Laut Penyabong, Mersing Johor

Hampir setahun tak berkhemah. Rindu sangat nak berkhemah. Kali terakhir camping September 2015 di Sungai Chilling. Tapi lupa nak update di blog. Hehehe

Kali ni sempena cuti yang lama sangat, mula dari Raya Haji lepas tu Hari Malaysia pulak. Kami ambik kesempatan plan nak bercamping sambil balik Johor. Memang dari awal laut bukan pilihan nak camping. Saya lagi suka sungai sebab bersih, sejuk, selesa. Tapi apakan daya sungai kat Johor semua takmo bagi kami datang agaknya. Mula-mula gi Gunung Berlumut, tutup sebab kencing tikus katanya. Lepas tu menghala ke Mersing nak ke Gunung Arong pun tutup. Yang ini tak tahulah sebab apa sebab takde pemberitahuan/notis. So, nak tak nak kenalah ke laut jugak sebab Mersing ni dah dekat laut. Sepanjang perjalanan ni pun banyak kedai hasil laut macam keropok lekor, ikan masin dsb.

Bila dah sampai sana, lama jugak pusing-pusing cari port baik. Ada yang tempat ok, kemudahan toilet pulak tak ada. Ada yang toilet ada, tempat pulak tak berapa nak best. Jalan lagi pusing-pusing sampai jumpa satu tempat ni yang ngam. Sewa tapak untuk camping RM20 termasuk dengan kemudahan toilet dan air paip yang bersih. Tempat ni senang je nak cari. Kita masuk ikut signboard Cemara Indah Resort. Jumpa simpang tiga, masuk kanan. Terus je lagi sampai hujung. Kita akan memalui Cemara Indah Resort ni yang depan dia ada pool. Tapi kita bukan kat sini. Kita terus lagi sampai hujung, ada nampak pagar. Masuk. Dia ada tulis campsite dan chalet tapi serius memang takde nama. Kawasan dia paling hujung. Memang senang nak cari. Tuan tanah pun baik sangat dan very helpful.

Dah siap urusan pendaftaran semua, terus pacak khemah. Boleh pilihlah port mana yang kita nak sebab memang saya sekeluarga je yang ada. Memang saja pilih tempat ini sebab selesa. Ada campsite yang lagi ramai orang tapi dorang datang dalam kumpulan, jadi faham-faham jelah kalau dalam kumpulan ni. Bising tu dah memang wajib. Cuma mungkin faktor keselamatan jelah kena fikir banyak kali tapi Alhamdulillah takde apa yang berlaku.

Campsite ni best sangat sebab ada pokok besar tempat berteduh, dekat dengan pantai, toilet pun bersih. Ada buai, hammock. Pendek kata memang sesuai sangat nak berkhemah.
Baru sampai





Menu sarapan pagi

Tengah membakar ikan yang dibungkus dengan aluminium foil dan dicampakkan dalam api tu. Sedapppp




Pandangan keseluruhan Campsite


Aktiviti panjat pokok

Thursday, 5 February 2015

Back to Nature: Berkhemah di Sungai Congkak

Lepas berkhemah di Janda Baik hari tu mood nak berkhemah tak pernah padam. Memang seronok sekali sekala keluar daripada kebiasaan. Kali ni cuba berkhemah di Sungai Congkak pulak. Saya pilih di Congkak Eco Resort. Dorang caj RM10 untuk satu tapak khemah dan RM5 untuk parking kereta. Chalet pun banyak bagi yang tak minat nak berkhemah. Sungai dia memang sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat, air pun slow je. Saya pergi waktu cuti Thaipusam. Orang tak berapa ramai mungkin semua balik kampung cuti panjang bersambung dengan Hari Wilayah.



Kawasan ni best jugak, banyak tempat nak pilih sama macam Janda Baik. So, baik uols pusing habis dulu baru buat keputusan nak port kat mana. Kang menyesal pulak tengok port lain lagi best. Hehehe...Saya pilih sini je sebab sesuai nak berkhemah. Bila nak berkhemah ni yang penting dekat dengan kemudahan toilet, dekat jugak dengan sungai supaya anak-anak sentiasa boleh diawasi. Nampak depan mata kata orang.

Waktu keluar dari rumah tak sempat nak breakfast. Sampai sini cepat-cepat pasang khemah, terus masak. Memang cergas kali ni laki bini. Maklumlah dah kebulur. Sikit lagi nak pitam. Anak-anak pulak turun kereta je kata nak makan. Tapi bila nampak sungai semua dah lupa. Mandi dulu. Bagusla. Boleh mama masak dengan tenang. Kali ni masak simple je. Sardin, telur dadar dan nasi. Air koko panas. Bertambah dua kali makan. Hehehe...Petang pulak macam biasalah makan menu wajib waktu berkhemah iaitu megi. Sardin pun kira menu wajib tu tapi masa kat Janda Baik tak masak sardin sebab dah bawak bekal kari ayam dari rumah.








Cuma kali ni banyak pulak barang tertinggal. Banyak nak kena menyinggah beli barang. Lepas ni nak kena update list barang-barang wajib ada waktu berkhemah. Cadangnya nak khaskan barang-barang tu untuk berkhemah je. Senang waktu nak pergi tinggal angkat saja.

Laluan nak ke sini ada jugak tempat nak view suasana bandaraya Kuala Lumpur. Waktu saya pergi takde orang, nampak sunyi tapi waktu balik dalam jam 6 lebih gitu penuh orang siap ada gerai makan macam pasar malam. Bagi yang berkesempatan bolehlah singgah.

Agaknya lepas ni ke mana pulak destinasi pilihan berkhemah saya ye...hmmm tempat dah ada tinggal nak pegi ajeee...

Sebelum mengakhiri cerita berkhemah part 2 ni saya cuma nak komen tempat ni best sebenarnya tapi kurang penjagaan dari segi kebersihan. Banyak sampah macam plastik dan botol dalam sungai, pengunjung pulak lepas makan-makan just buang gitu aje sisa makanan dan sampah sedangkan tong sampah besar ada disediakan. Sedih sikitlah tengok. Persekitaran masih tak boleh lawan Janda Baik. Kebersihan tiptop.


Tuesday, 23 September 2014

Senarai Tapak Perkhemahan

Sejak dah ada kelengkapan berkhemah ni jadi macam gian pulak nak berkhemah. Hehehe. Seronok main masak-masak. Lagipun time nilah anak-anak merasa explore dunia luar. Maklumlah orang duduk rumah tinggi ni jarang-jarang dapat main tanah, main lasak. Duk terperap dalam rumah je kalau tak ke mana. Dengan berkhemah ni jelah dapat anak-anak merasa explore dunia luar.

Hari tu lepas berkhemah kat Janda Baik saya dan Jay dah berpakat nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti bulanan. Kiranya tiap bulan ada satu aktiviti berkhemah. Jadi semalam banyak masa free saya asyik mengoogle tempat berkhemah kat Malaysia ni. Rupanya memang banyak tempat berkhemah. Sebelum ni tak ambik tahu sebab rasa macam takde kena-mengena kan. Sekarang dah tiba masanya untuk ambil tahu lah. Banyak memang banyak camp site tapi tak banyak untuk aktiviti persendirian atau keluarga ni. Yang banyak ialah company yang sediakan pakej perkhemahan untuk aktiviti kumpulan. Contoh untuk kumpulan pelajar sekolah, universiti dan untuk golongan yang bekerja. Kalau camp site untuk persendirian cam saya buat ni tak banyak sangat tempat. Kecuali Janda Baiklah. Janda Baik tu memang bersepah camp site. Tapi tak akan setiap bulan nak berkhemah kat Janda Baik. Nak merasa jugak tempat lain. Baru ada aura berkhemah. Hehehe

Dah menggoogle semalam tu dapat jugak beberapa tempat. Adalah dalam 14 camp site tapi lapan kat Lembah Klang dan enam lagi luar KL. Manalah tau kan rajin sangat nak berkhemah kat luar KL senanglah tempat dah tahu. Tak yah menggoogle dah.

Terima kasih jugak pada para blogger yang rajin mengupdate tempat-tempat dorang gi berkhemah tu. Memang senang nak buat rujukan. Bila dah menggoogle semalam baru saya tahu dan perasan rupanya aktiviti berkhemah, hiking, jungle tracking ni ada peminat dan pengikut tersendiri. Cuma tak didedahkan sangat pada umum. Mungkin hobi ni  masih di peringkat baru kat negara kita. Kelengkapan hobi ni pun agak mahal sebenarnya tapi kalau dah suka kena usahalah dapatkan. Pejam mata orang kata. Hahaha

Kat sini saya senaraikan camp site yang saya dapat. Kalau ada yang lain akan ditambah kemudian. Saya akan update bila saya dah pergi tempat-tempat ni. InsyaAllah program berkhemah keluarga untuk Oktober dah hampir tiba. Tak sabar nak merasa pengalaman seterusnya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Yang penting sekali dalam berkhemah ni adalah keselamatan. Hati-hati selalu.

Ini antara yang saya dapat sewaktu menggoogle. Mungkin ada yang lain yang terlepas pandang

Camping Site (KL/Selangor)

1- Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu
2- Nahara Resort, Hulu Selangor
3- Air Terjun Serendah
4- Sungai Inki, Kalumpang
5- Bukit Cerakah, Shah Alam
6- Sungai Congkak
7- Hutan Lipur Sungai Sendat
8-Nur Laman Bestari, Ulu Yam

Camping Site (Luar KL)

1- Janda Baik
2- Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands
3- Kuala Woh, Tapah
4- Taman Negara Pulau Pinang
5- Taman Negara Kelantan
6- Berembun, Cameron Highlands

Wednesday, 17 September 2014

Back to Nature: Berkhemah di Janda Baik

Biar gambar berbicara
Baru sampai. Ni jambatan yang menghubungkan parking dan tempat berkhemah. 
Sungai jernih, sejuk menggigil 
Yang khemah depan tu untuk orang lain yang dah booked. Kami bawak sendiri khemah. Caj RM10 untuk sorang dewasa kalau berkhemah



Sedang bertungkus-lumus memasang khemah

Pilih port paling dekat dengan sungai. Tidur sambil dengar air mengalir
Best part bagi anak-anak. Tak tahulah berapa kali mandi sungai. Tuala pun tak sempat kering

Terror laki aku masak nasi di hutan heheheeh

Tengah menunggu nasi masak

Jemuran sepanjang berkhemah
Licin 2 mangkuk cicah dengan roti. Minum kopi panas pulak. Lepas tu terjun sungaiiiiii
Ni di masak lepas Subuh sebelum bertolak ke sini. Lepas siap pasang khemah terus makan cicah roti. Memang tengah lapar. Makan panas-panas dalam hutan yang sejuk. Memang best...nyaman

Manggis hasil dikait sendiri. Ini yang bestnya tempat ni. Kebetulan sekarang musim buah. Sape yang rajin nak kait dibenarkan. Khemah pulak tepi pokok manggis. Memang seronok. Bosan takde apa nak buat ambik galah terus mengait buah manggis. Seronok, seronok, seronok....
Salah satu chalet yang disediakan pihak Zainiguesthouse. Yang ni paling ramai minat kot sebab atas pokok. Memang best. Bawah tu tempat bersantai-santai sambil makan-makan or BBQ
Suasana hijau kat sini memang sejuk mata memandang. Padang rumput macam ni luas lagi sebenarnya. Kiranya chalet-chalet ni semua mengelilingi padang hijau ni. Memang best

Lama dah tak jumpa buah ni kan. Sedap di makan begitu saja...Memang banyak. Tak larat nak kutip
Ni rupa kotak alat masak yang Jay beli. RM8 sekotak ada tungku besi tu dengan lilin petak untuk memasak. Memang senang guna ni. Just nyalakan api kat lilin petak tu, dah siap. Boleh masak terus. Tapi ni untuk masakan yang simple je macam megi, nasi, air. Kalau nak buat rendang la bagai dalam hutan ni kenalah pakai dapur kayu ye

Nilah rupa lilin petak tu. Senang nak guna. Cuma cucuh api je

Bekas telur. Senang nak bawak telur. Tak yah risau pecah. Leh isi 12 biji telur harga bekas ni RM12. 

Sebahagian daripada makanan yang kami bawak. Cukup untuk camping sehari semalam. Bawak beras 4 pot tapi guna 2 pot je. Megi bawak sebungkus tapi guna 1 pek je. Bawak telur 12 bijik tapi bawak balik lagi 2 bijik. Bawak minyak satu botol kecik tapi guna sikit je untuk goreng telur scramble. Biskut jacobs dengan buskit Tiger memang habis licin. Mineral water yang 150ml bawak dalam 10 botol tapi tak habis pun sebab nak rebus air guna air di sinki. Indocafe 3 in 1 bawak 10 pek memang habis. Teh uncang pun bawak tapi guna 1 je