Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Bihun Sup Rangka Ayam


Saya kalau makan ayam memang suka yang bahagian tulang je. Isi memang tak suka sangat. Jadi selalunya kalau jumpa rangka ayam segar yang dijual kat pasar, memang akan beli untuk buat bihun sup atau sup ayam makan dengan nasi. Memang layan lah makan sup macam ni. Anak-anak pun suka. Paling penting, buatnya senang.

Bihun Sup Rangka Ayam

2 ekor rangka ayam potong kecil
5 bijik Bawang besar (sederhana) - blend
5 ulas Bawang putih - blend
Halia sebesar ibu jari - diketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
1 kiub ayam
Fishball
Fishcake

Hiasan
Daun sup
Bawang goreng

Panaskan minyak sikit. Masukkan rempah empat sekawan. Masukkan bahan blend sampai naik bau. Masukkan rangka ayam. Kacau sebati. Masukkan air ikut banyak mana yang nak. Dah mendidih tu, masukkan fishcake, fishball, kuib ayam, garam. Sebelum tutup api, taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap.

Celur bihun, masukkan sup ayam tadi dan cili kicap. 


Monday, 6 July 2015

Mee Kari Kak Yati

Dulu pernah sekali lama sangat dah cuba buat mee kari. Tak ingat ikut resepi siapa. Kejadiannya sedap jugak tapi tak seperti selera saya. Kali ni beranikan diri cuba lagi tapi guna resepi lain. Tengok resepi ni macam senang je lagipun Kak Ita jamin sedap. Hehehe. Balik rumah terus cuba. Alhamdulillah inilah mee kari yang menepati selera saya macam kat kedai. Tak pekat sangat, tak cair sangat, just nice. Cuma terpedas sikit. Next time tak perlu masukkan cili mesin cukup dengan serbuk kari tu yang memang dah rasa pedas. Thanks Kak Ita sudi share resepi.


MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati (kakak ipar ita)
Sumber azlitamasammanis.com

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - tak letak
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng - tak letak. saya gantikan dengan fishcake

Bahan2 yg dimakan bersama

Mee kuning
Timun dihiris halus - tak letak
Tauge - tak letak
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi - tak ada
Cili Jeruk - jika suka - tak ada

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.

Monday, 18 February 2013

Bihun Sup Simple

  Semalam malas pulak nak masak nasi. Dalam esbox ada rangka ayam. Bihun pun ada lagi separuh. Terusla sediakan bahan-bahan untuk buat Bihun Sup. Saya buat yang simple aje tapi insya-Allah sedap dan menyelerakan. Buktinya bertambah dua kali husband makan.

  Pastu malam tu ajak jiran dua tiga orang datang makan. Kebetulan dorang nak tengok baju. Sambil tu menjamu selera sekali lah. Selalu dorang datang tengok baju tak hidangkan apa-apa pun walaupun segelas air. Hehe...Tengok dorang makan pun bertambah dua kali, maknanya lulus lah rasanya tuh. Alhamdulillah.



Wednesday, 13 February 2013

Laksa Penang

Saya tak suka bahan hiasan lain kecuali salad dan telur rebus
   Cuti lama sangat sempena CNY. Mood rajin pun tetiba datang. Lepas masak untuk makan tengahari terus rebus ikan untuk dibuat laksa. Teringin pulak nak makan laksa. Tapi kat area rumah tu takde pulak yang menepati selera. Buat pun banyak sebab nak mengganti pemberian jiran-jiran yang dah lama tertangguh. Segan pulak simpan tupperware orang lama-lama.

  Resepi laksa ni saya dapat di MyResepi tapi maaflah dah lupa siapa tuannya. Dulu semua resepi yang di copy saya tak simpan nama tuannya. Cuma sejak 2-3 tahun kebelakangan ni barulah ada kesedaran nak menyimpan nama tuannya sebagai ucapan terima kasih di atas kesudian berkongsi resepi. Namun siapa pun pemiliknya saya ucapkan ribuan terima kasih.
 
Resepi ni simple tapi memang sedap. Inilah resepi yang saya guna kalau nak buat laksa. Memang menepati citarasa. Dah siap tu dapatlah bagi pada dua jiran bagi mengganti pemberian mereka pada saya. Lega rasa hati selesai hutang. Hehe...


Bahan Kuah:
1/2 kilo ikan sardin - rebus }
1 biji bawang besar}
5 biji bawang merah}
Belacan sebesar ibu jari}
Segenggam cili kering (lebihkan kalau nak pedas)}
1 tin kecil sardin}blend

5 keping asam
3 biji bunga kantan (belah 2)
Daun kesum

Laksa - rebus

Hiasan:
Bawang besar
Nenas
Salad
Timun
Lada
Telur rebus

Ikan dibersihkan dan direbus. Asingkan tulang dan isi. Isi dikisar halus bersama bahan-bahan lain. 
Tulang dikisar bersama air rebusan dan tapis.
Masukkan semua bahan dalam periuk dan tambahkan air ikut kesesuaian. Kacau sebati sehingga mendidih. Tambahkan perasa. Hidangkan bersama laksa dan bahan hiasan.

Thursday, 26 January 2012

Mee Goreng Udang dengan Fishball

Pertama kali buat masa kawan ofis saya datang beraya tahun lepas. Saya pun tak tahu nak masak apa. Fikir punya fikir saya nak cuba masak mee goreng. Saya malas nak buat makanan berkuah masa tu. Saya telefon mak tanya macam mana nak goreng mee. Lepas tu terusla pergi kedai beli bahan. Resepi mak saya ni simple je tapi Alhamdulillah rasanya boleh tahanlah. Saya suka je rasanya. Tak taulah bagi orang lain macam mana. Azroy pun suka makan mee goreng ni tapi mesti letak fishball banyak-banyak. Sekarang resepi ni dah jadi makanan kegemaran kami sekeluarga.

Mee Goreng Udang dengan Fishball


Sepeket mee kuning - cuci bersih dan toskan
15 ekor udang sederhana besar
2 peket fishball
6 biji bawang merah}
4 biji bawang putih}
1 biji bawang besar}
1 1/2 sudu besar cili mesin} kisar halus
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap biasa
1 cawan air
Garam dan perasa secukupnya


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
Masukkan kicap pekat, kicap biasa, garam dan perasa. Kacau.
Masukkan mee. Masukkan air 1 cawan. Kacau. Bila dah sebati semua masukkan fishball. Kacau sebati dan siap.


*Kalau mee belum lembut tambahkan air lagi.

Tuesday, 16 August 2011

Mee Udang

Mee Udang tanpa aksesori kecuali udang dan bawang goreng
Buat untuk buka puasa hari keempat belas. Ikut resepi dari Kak Dayang. Tapi resepi asal dari Kak Iza MyR. Apa pun memang sedap cuma pedaslah. Next time kena kurangkan cili kepada dua sudu aje.

Mee Udang
Resepi : Che' Iza@Myr

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L 
4 sb lada boh / lada giling - aku guna cili mesin
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering -aku blend
*1/2 inci halia
1 sb petis -aku guna belacan bakar
3 sb sos tomato
1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi -tak letak
daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Thursday, 16 December 2010

Sizzling Yee Mee

Asik makan nasi je. Sekali-sekala kita tukar menu pulak. Nanti orang putih kat rumah tu bising. Tengok kat blog Kak nor teringin pulak nak try sizzling mee. Bahan-bahan pun semua ada. Paling penting senang nak buat. Sebab kalau masakan yang susah aku sendiri takut nak cuba. Takut ke tong sampah je. Hasilnya walaupun tak cantik tapi memang sedap. Cukup rasa semuanya cuma next time aku kena banyakkan bahan-bahan barulah lebih mengancam.



SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Sunday, 17 October 2010

Mee Suah

Balik keje semalam terus buat mee suah. Sebenarnya kali kedua dah buat tapi kali ni baru berkesempatan ambil gambar. Dapat resepi dari Bro Rozzan yang sangat rajin...Sedap juga macam mihun sup tapi cina style...rasa yang simple dan masak pun mudah. Sebungkus kecil mee suah dapat semangkuk besar yang pada perkiraan aku untuk 4 hingga 5 orang makan. Bahan pun tak banyak digunakan...murah, simple, cepat dan sedap....

SUP MEE SUAH (copy dari Bro Rozzan)
Bahan-Bahan
150 gm mee suah
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 -3 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)atau 2 kiub pati ikan bilis(hancurkan dgn sedikit air)
2 sudu makan minyak
5-6 mangkuk air (lebih kurang)
3-4 biji telur (utk dicemplok dlm kuah)
garam secukup rasa /jika perlu
sedikit daun sup/bawang (hiris)
sedikit bawang goreng
1 btg lada merah (hiris)Optional
1/2 btg lobak (potong ikut suka)
sedikit brocolli (potong kecil)
4 btg jagung muda (dlm tin atau yg segar)
sedikit fish ball/fish cake
1 potong tahu lembik (soft tofu)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering/kiub pati ikan bilis hingga bawang layu. Masukkan air dan garam (jika perlu) dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sayur-sayuran tadi bersama fish ball dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit.
Seterusnya, masukkan mee suah dan tahu lembik. Kacau sedikit saja agar tahu dan mee suah tak hancur. Kemudian pecahkan telur ke dalam sup ini dan masak sebentar.
Akhir sekali taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan lada merah hiris.
Biarkan kandungan 'kuah' sup ini banyak kerana apabila sejuk, mee suah tu nanti akan menyerap kebanyakan air/kuahnya

Tuesday, 10 March 2009

Mee Goreng Basah

Semalam macam malas nak makan nasi. Lagipun Jay dah komplen asik makan nasik...Bosan je...Biasalah mat saleh celup sorang tu memang tak suka makan nasi. Sanggup tak makan satu hari daripada makan nasi. Kat ofis saya dah belek-belek resepi mee. Tak pernah buat mee goreng sepanjang hidup ni. Nak try lah kali nih. Mana tau menjadi pulak. Sumber resepi kali ni dapat di FRD. 2-3 minggu lepas Diana ada rekomen satu resepi mee goreng. Katanya sedap sangat. Lagipun mee goreng basah. Memang kegemaran sayalah. Balik je terus menggodek kat dapur. Pukul 6 dah siap, terus makan panas-panas. Hmm...sedap...semua ada rasa...Masam, manis, pedas...Kuah pun banyak dah jadi macam mee hailam pulak...Buat sebungkus mee tapi tak habis...Dapat banyak jugak. Boleh dimakan 4-5 orang lagi. Lainkali kena buat separuh je...

MEE GORENG KAK IZAH
Sumber: Kak Izah dari FRD - yang dalam kurungan tu apa yang aku buat
Bahan-bahannya
500 gram mee kuning (sebungkus)
100 gram daging, dipotong nipis
7 ekor udang, dibersihkan
200 gram kobis, dihiris lebar ½ inci (tak letak)
1 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
1 kiub ikan bilis (Maggi)
3 biji telur (letak 2 biji je)
4 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
secukup bawang goreng (tak letak)
secukup daun sup/ daun bawang (tak letak)

Bahan Sosnya
11 sudu makan sos cili
9 sudu makan sos tomato
7 sudu makan kicap (aku guna sos pekat)

Bahan untuk dihiris
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 batang cili hijau (tak letak)
1 batang cili merah (tak letak)
7 – 11 tangkai cili padi merah thailand (guna cili api je)

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan telur. Digoreng scramble dan biarkan telurnya lembik-lembik sedikit jangan terlalu masak. Angkat dan ketepikan.
2. Letakkan secukup minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dirajang sehingga naik bau dan layu. Masukkan kuib ikan bilis dan juga daging. Tumis lagi sehingga dagingnya bertukar warna.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap bersama garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan selama 2 minit. Masukkan pula airnya.
4. Bila kuah hampir mendidih, masukkan udang, kobis dan sedikit bawang goreng. Masak selama 5 minit sehingga udang bertukar warna dan kobis pun telah layu sedikit. Rasakan kuahnya jika ada yang kurang tambah apa yang patut.
5. Masukkan pula mee kuning, sawi dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan reneh mee goreng selama 5 minit. Sedia untuk dihidang. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun sup atau daun bawang.