Tuesday, 10 March 2009

Mee Goreng Basah

Semalam macam malas nak makan nasi. Lagipun Jay dah komplen asik makan nasik...Bosan je...Biasalah mat saleh celup sorang tu memang tak suka makan nasi. Sanggup tak makan satu hari daripada makan nasi. Kat ofis saya dah belek-belek resepi mee. Tak pernah buat mee goreng sepanjang hidup ni. Nak try lah kali nih. Mana tau menjadi pulak. Sumber resepi kali ni dapat di FRD. 2-3 minggu lepas Diana ada rekomen satu resepi mee goreng. Katanya sedap sangat. Lagipun mee goreng basah. Memang kegemaran sayalah. Balik je terus menggodek kat dapur. Pukul 6 dah siap, terus makan panas-panas. Hmm...sedap...semua ada rasa...Masam, manis, pedas...Kuah pun banyak dah jadi macam mee hailam pulak...Buat sebungkus mee tapi tak habis...Dapat banyak jugak. Boleh dimakan 4-5 orang lagi. Lainkali kena buat separuh je...

MEE GORENG KAK IZAH
Sumber: Kak Izah dari FRD - yang dalam kurungan tu apa yang aku buat
Bahan-bahannya
500 gram mee kuning (sebungkus)
100 gram daging, dipotong nipis
7 ekor udang, dibersihkan
200 gram kobis, dihiris lebar ½ inci (tak letak)
1 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
1 kiub ikan bilis (Maggi)
3 biji telur (letak 2 biji je)
4 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
secukup bawang goreng (tak letak)
secukup daun sup/ daun bawang (tak letak)

Bahan Sosnya
11 sudu makan sos cili
9 sudu makan sos tomato
7 sudu makan kicap (aku guna sos pekat)

Bahan untuk dihiris
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 batang cili hijau (tak letak)
1 batang cili merah (tak letak)
7 – 11 tangkai cili padi merah thailand (guna cili api je)

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan telur. Digoreng scramble dan biarkan telurnya lembik-lembik sedikit jangan terlalu masak. Angkat dan ketepikan.
2. Letakkan secukup minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dirajang sehingga naik bau dan layu. Masukkan kuib ikan bilis dan juga daging. Tumis lagi sehingga dagingnya bertukar warna.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap bersama garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan selama 2 minit. Masukkan pula airnya.
4. Bila kuah hampir mendidih, masukkan udang, kobis dan sedikit bawang goreng. Masak selama 5 minit sehingga udang bertukar warna dan kobis pun telah layu sedikit. Rasakan kuahnya jika ada yang kurang tambah apa yang patut.
5. Masukkan pula mee kuning, sawi dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan reneh mee goreng selama 5 minit. Sedia untuk dihidang. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun sup atau daun bawang.

No comments: