Tuesday, 3 March 2009

Pau Gebu

Nyumm....

Resepi ni memang saya cadangkan sesapa nak buat sebab memang kena dengan namanya gebu sangat. Sedap pulak tuh. Korang mesti tak sangka dapat buat pau sesedap dan segebu itu. Hehe..resepi ni saya dapat dari Cik Mat Gebu di myresepi. Thanks Cik Mat.

Resepi Pau
Bahan-bahan ( 10 biji )
UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)


Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).
Perap doh selama 45 minit.
Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan.
Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

No comments: