Tuesday, 17 March 2009

Kek Coklat Moist

Satu-satunya kek yang selalu sangat saya buat. Kek nilah jugak kek pertama yang saya pandai buat..huhu...Mulanya resepi G-ra yang bagi. Jauh saya belajar buat kek ni. Sedap memang sedap. Moist sangat. Sampai ramai yang mengorder kek ni dengan saya. Lepas tu bila saya dah kenal dunia internet ni banyak pulak resepi kek coklat yang lebih mudah selain daripada bahannya yang murah. Ada yang tak guna butter, ada yang kurang telur, ada yang guna tepung itu, tepung ini, macam-macam cara tapi hasilnya lebih kurang sama. Sedap. Asalnya resepi g-ra tu kukus tapi kebanyakan resepi yang saya cuba melalui internet ni bakar. Rasanya bakar lagi senang. Moist jugak. Sekarang saya stick pada satu resepi aje yg guna 2 biji telur dan minyak. Jimatlah sikit daripada guna butter dan 6 biji telur. Rasanya masih sama. Masih mendapat pujian orang kata...hahaha....

Minggu lepas ada 2 orang order kek coklat. Sebiji untuk hantaran kahwin. Sebiji lagi untuk makan-makan keluarga katanya. Saya dah cakap awal-awal yang saya memang tak pandai deco. Setakat toping dan tabur choc rice tu bolehlah. Dorang pun tak kisah asal sedap katanya. Orait. Dan hasilnya....

Choc Cake Moist
Bahan-bahan ( kek 1kg )
BAHAN A(ayak)
2 cwn tepung gandum
1 cwn koko powder
2 tea spoon soda bikarbonat
2 tea spoon baking powder
BAHAN B(putar)
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telur ayam gred A
BAHAN C
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak sayuran@jagung
1 cwn air panas
Cara-cara
pukul telur dan gula until kembang masukkan susu pekat dan kacau masukkan pula bahan A then masuk bahan C kacau til sebati masukkan dalam loyang yg telah disapu dgn marjjerin and bake suhu 180 selama sejam

No comments:

Post a Comment