Friday, 13 March 2009

Kek Lapis Betawi

Minggu lepas berkobar-kobar semangat nak mula buat kek lapis. Sebenarnya tak pernah buat pun tapi tengok kawan-kawan online semua dah lulus buat kek lapis aku pun nak cuba. Lagipun ada beli buku resepi Chef Noraini masa kelas puff pastry tu. Bahan-bahan pun dah beli Sabtu dalam kul 4.30 aku mula la sediakan bahan. Pastu bakar guna oven elektrik yang Jay belikan tuh. Lama dah tak guna. Selalu guna yang oven gas. Jimat sikit.
Lapisan pertama okey je masaknya. Tiba lapisan kedua habis berasap oven aku. Mungkin panas sangat. Aku adjust suhu dan turunkan loyang ke tingkat paling bawah. Buat masa 8 minit aje. Ikut buku 10 minit. Yang hangus tu terpaksa la ke tong sampah. Tapi aku tetap tak putus asa. Mana boleh putus asa, telur 15 biji beb....huhu
Seterusnya bakar asik jenguk oven la. Takut hangus lagi. Sampailah ke lapisan terakhir nak dekat pukul 8 malam dah....Aduila...Akhirnya siap dan masak elok. Sedap pulak tuh...
Yeah! Berjaya jugak aku menyiapkan kek lapis tuh. Minggu ni nak try buat yang bercorak pulak.

No comments: