Tuesday, 3 March 2009

Roti Jala


Semalam sampai je rumah tengok ada kari daging yang masih panas. Mak aku baru siapkan. Memang aku ada request kari ngn dia sebab nak makan ngn roti jala setelah cubaan aku untuk buat kuah durian gagal. Huhu
Letak je beg terus tukar baju dan mulakan misi menebar jala di atas kuali...hehe...Alhamdulillah menjadi dan jalanya terbentuk lebih cantik berbanding pertama kali aku buat pada Sabtu lepas. Ingatkan nak bawa datang ofis sebagai bekal sarapan tapi tupperware semua tinggal di ofis tak jadilah nak bawak...lagipun tengok pagi tadi cuma tinggal 5-6 ketul. cukup-cukup untuk Jay breakfast aje. Next time aku buat banyak dan boleh jamu kawan-kawan sama...resepi ni aku dapat dari cari.com seorang forumer nama Long. Thanks a lot Long.

Resepi:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
Secubit garam
1/2 sudu teh kunyit/ pewarna

Cara:
Campurkan semua bahan dan kacau rata menggunakan senduk aje atau whisk
Tapiskan bahan supaya tidak berketul-ketul
Tebarkan menggunakan acuan ke atas kuali leper yang disapu sedikit minyak.
Siap.

No comments:

Post a Comment