Tuesday, 23 September 2008

Kelas Cupcake


Minggu lepas hari sabtu aku ke kelas mendeco cupcake. Seronok sangat sebab dah berjaya hasilkan cupcake yang comel-comel. Aku bercadang nak buat bisnes kecil-kecilan cupcake pula lepas ni, insya-Allah. Rupanya senang je nak menghias kek ni. Tapi tools yang digunakan dalam menghias ni agak mahal. Kenalah beli sikit-sikit. Beli yang penting-penting dulu. Baru je tadi aku order nozzle dari chef yang mengajar aku tuh. Jumaat nanti dapatla nozzle tu. Tak sabarnya nak try menghias sendiri cupcake.

Lepas ni aku bercadang nak ikut kelas mendeco kek pula. Memandangkan bayaran fee yang agak mahal tu terpaksalah aku tunda niat dulu tapi aku pasti nak pergi jugak. Selain daripada minat yang mendalam aku dah merancang nak buat bisnes. Mana tau ada rezeki aku dalam bidang ni pula. Belum cuba belum tahu.

No comments: