Showing posts with label Tools. Show all posts
Showing posts with label Tools. Show all posts

Friday, 21 October 2011

Bagusnya Kalau Ada Alat Ini

Tadi saya bukak email tetiba terjumpa benda ni. Teruja la pulak kan. Best betul kalau memang ada jual kat Malaysia kan. Sambil tengok tv boleh kupas kentang. Takdelah berdiri sorang-sorang kat dapur. Sambil layan drama sambil buat keje dapur. Bestnya. Baru betul-betul multiple...Heheh...

Thursday, 18 August 2011

Serbuk Agar-agar

Pi Tesco hari tu ambik serbuk agar-agar yang plastik purple tuh. Sekali tengok sebelahnya ada serbuk agar-agar cap Tesco pulak dan harga lagi murah cuma RM1.49. Kalau yang plastik purple tu dah RM2.10. Aku pun ambillah 5 plastik simpan buat stok. Senang nanti nak buat puding time raya.

Wednesday, 17 August 2011

Tools Baking Baru

Sabtu lepas pegi Tesco. Belek-belek kat barangan bahagian dapur terjumpa pulak banyak tools comel kat sana. Wah, teruja kejap. Rasanya semua nak ambik. Harga murah jugak. Silicon pan cuma RM5.00. Macam-macam jenis ada. Aku ambik bentuk bear.
Lepas tu beli paper cup sebab coraknya menarik. Yang sedia ada kat rumah cuma plain. Pastu ternampak paper cup bentuk hati (love).

Teruslah ambik jugak. Dah plan nak buat apam polka dot dalam ni. Mesti comel. Ni pun harga RM5.00. Tapi mungkin paper cup ni sebenarnya untuk coklat sebab macam aluminium sikit. Tapi sebab comel sangat aku ambik jelah.

Saturday, 18 April 2009

Bundt Pan

Semalam beli non stick bundt pan kat Cael Deon. Dah lama teringin nak buat kek dalam loyang macam nih...Mesti cantik je...Baru semangat nak makan..hehe...Tapi tak tahulah betul ke tak non stick. Dulu ada beli loyang bentuk bear kat BWY. Dah dekat 3 kali guna kek tak boleh dikeluarkan. Akhirnya kena korek je untuk makan. Dah macam-macam cara buat. mula-mula sapu butter, melekat jugak. Pastu try lagi kali kedua guna minyak pulak melekat jugak. Kali ketiga sapu butter dan tabur tepung pun melekat jugak. Sekarang loyang bear tu dah melekat dalam kabinet je...

Monday, 16 March 2009

Tools Baru

Sabtu lepas pegi cari loyang bentuk Love. Puaslah merayau sekitar belakang Chow Kit. Nasib baik jumpa. Ada beberapa lagi barang baru yang aku beli dah alang-alang ke sana. Kat umah aku susah pulak nak jumpa benda-benda ni. Kalau ada pun mahal sikit. Aku beli loyang bentuk Love, mould puding bunga ros, loyang untuk pie atau boleh jugak guna untuk tart dengan loyang bentuk kon. Ini semua memang bergunalah untuk aku buat apa-apa nanti. Lagipun sekarang boleh dikatakan setiap hari buat kek...
Setakat hari ni loyang love ngan mould puding tu aku dah guna. Yang lagi 2 tu esok lusa gunala....hehe
Lepas tu singgah kedai bakery beli butter satu tong. Senang beli dalam tong selain jimat tak yah masuk dalam esbox. Nak guna cedok je. Kalau tak sejam nak menunggu butter lembut.