Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Friday, 2 August 2019

Cuti-cuti Kuala Lumpur di WP Hotel




Hai Assalammualaikum

Hari ni saya nak share pasal Cuti-cuti Kuala Lumpur.

Sebenarnya saja je nak bawak anak-anak berjalan sebab abang dia dah sebulan tak balik rumah. Tapi CikSya malas nak pergi jauh-jauh sebabnya dia cuma cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Ahad nak kena masuk asrama semula. Jadi masa survey tempat bercuti, tengok hotel kat KL pun banyak yang ada swimming pool tapi harga mampu milik. Terus booking dan siap!

WP Hotel ni terletak dekat dengan Chowkit, GM Plaza, Jalan TAR. Semua boleh jalan kaki je. Sangat dekat. Mana yang sayang lemak boleh lah order grab heheh




Saya pergi 2 family. Family saya dan family kakak. Jadi kami ambik Family Room 2 bijik. Dapat bilik sama level tapi jauh-jauh jugak sebab satu level tak banyak family room. Connecting room ada tapi bukan family room sebab family room semua bahagian corner. Rasa rugi pulak ambik family room hehehehe.


Bilik dia ok puashati, besar jugak, selesa, toilet pun selesa sebab asing tempat mandi dan tempat membuang. Saya suka toilet macam ni walaupun satu pintu tapi diasingkan. Lebih selesa.

Paling best pasal hotel ni sebab swimming pool dia kat rooftop. Memang best lah sebab view dia cantik. Nampak suasana Kuala Lumpur. Nampak Menara KL tapi tak nampak KLCC sebab dah tertutup dek bangunan lain. Swimming pool dia tak besar sangat tapi oklah untuk anak-anak seronok. Mak dan bapak pun sama join beronok-ronok dalam kolam heheheh.

Cuma kalau waktu panas memang tak tahan la sebab takde bumbung. Dia konsep terbuka. Ada tempat duduk untuk minum-minum, ada bar jugak kat atas kalau nak order makanan / minuman tapi makanan luar tak boleh bawak masuk. Kolam bukak dari jam 7am – 10pm. Mandi lah puas-puas sampai lebam. Waktu malam jangan lupa pi kolam ni sebab view dia bertambahlah cantik.

Nak mandi kolam tak perlu bawak towel sebab kat kolam pun ada towel. Cuma mintak dengan staf hotel kat kaunter tu.

Parking je susah sikit kat hotel ni. Sangatlah terhad. Kalau dah dapat parking tu janganlah gatal nak keluar hahaha. Kang susah nak dapat parking semula. Tak pun kena parking berbayar kat Lorong Haji Taib yang dekat dengan Bake with Yen tu.

Harga hotel ni saya bayar RM375.42 untuk 2 bilik. Jadi 1 bilik harga RM187.71 melalui Agoda.
Waktu malam kami merayau ke Pasar Jalan TAR cari makan. Lepas tu layan buskers depan Sogo. Sesekali bercuti dalam Kuala Lumpur best jugak kan.


Tuesday, 12 February 2019

Bermalam di Humaira Hotel di Tanah Merah, Kelantan



Tempat sarapan


Lobi Hotel

Laluan ke bilik hotel

Humaira Hotel Tanah Merah
📍Harga semalaman untuk Deluxe Twin Room RM154.00 termasuk sarapan untuk 2 orang. Kat booking.com murah sikit harga dalam RM138.00.
📍Kawasan dekat sangat dengan pasar besar Tanah Merah, jalan kaki je. Mesti kena pergi pasar ni. Wajib 😀
📍Redwalk Tanah Merah pun dekat. Redwalk ni macam uptown/pasar malam pada tiap hari Sabtu. Macam-macam ada. Pun wajib pergi kalau datang hari Sabtu.
📍Sekitar hotel ni banyak kedai macam kedai pakaian, 7eleven, kafe, dan paling best ada Kedai Eco 😆😆
📍Depan hotel ada Maybank. Public Bank belakang Maybank. CIMB dekat dengan pasar besar.
📍Hotel baru, design cantik, bersih, selesa.
📍Toilet pun best 😀 lupa snap foto
📍Staf dia pun baik dan very helpful tanya macam-macam jawab elok dengan penuh senyuman 😊


Deretan kedai berhadapan hotel

Dereten kedai berhadapan Hotel

Monday, 3 December 2018

Pengalaman Menginap di Oscar Villa Aonang Krabi


Hari ni nak cerita sikit pasal hotel yang saya menginap di Krabi. Saya booking melalui Agoda. Bayar siap-siap secara online RM144.35 semalaman. Cerita details ada di sini
Hotel ni jarak 3km dari Pantai Ao Nang, Krabi. Tak jauh sangat pun. Senang bergerak kalau yang ada transport. Yang takde, boleh guna shuttle yang dorang sediakan.









Saya booking bilik jenis Bedroom Villa. Biliknya kat bawah, dekat dengan pool. Parking kereta depan bilik. Yang bestnya bilik ni ada ruangan pantry. Maksudnya ruangan asing dari katil. Disediakan pinggan, mangkuk, sudu, garpu, peti ais, sinki termasuklah dapur elektrik dan microwave. Yang rajin nak masak, bolehlah memasak.
Pekerja kat sini kebanyakan muslim dan boleh berbahasa melayu dengan lancar. Sangat mudah nak berkomunikasi. Dorang pun friendly dan sangat membantu. Kawasan pun bersih sangat.
Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi. Menu sarapan pagi lebih kurang macam masakan Malaysia. Ada nasi goreng, sosej, pancake, buah-buahan, cornflakes dengan susu segar, jus. Tak banyak sangat tapi kenyang 😊
Untuk yang nak beli pakej island hoping pun elok beli kat sini je sebab harga dia 750baht (RM95.45) sahaja berbanding yang jual dekat luar tu rata-rata letak harga 1200-1300baht seorang dewasa. Jauh beza tu kan. Kanak-kanak dorang caj 450baht (RM57.27). Yang ini untuk 4 island. Yang 7 island saya tak pasti. Lupa nak tanya.
Dah pergi Krabi, jangan lupa makan pancake Krabi ye 


Tuesday, 16 January 2018

Casa Bonita Hotel di Melaka Memang Berbaloi



Kali ni pergi Melaka bukan nak jalan-jalan cari  makan tapi pergi kenduri kahwin. So try cari hotel kononnya takut penat drive. Bukak booking.com survey hotel terdekat dan murah. Dapatlah Hotel Casa Bonita ni. Kenapa saya pilih hotel ni sebab murah, cantik dan baru.

Bila sampai sana wahhh  memang terkejutlah. Memang cantik, senang nak cari, tepi jalan je, parking pun banyak dan paling best harga murah termasuk sarapan. Memang puashati dan berbaloi. Hotel ni pun ada outdoor swimming pool tau. Bagi yang bawak anak tu jangan lupa bawak baju mandi. Saya tak sempat pun nak pergi berenang sebab sibuk pusing-pusing kawasan sekitar.

Hotel ni dekat dengan Pantai Klebang. Jangan lupa singgah beli Coconut Shake Klebang ye. Sepanjang jalan kawasan hotel ni banyak sangat tempat makan. Hotel ni pun dekat dengan Dataran 1Malaysia. Lebih kurang macam Dataran Putrajaya depan Masjid Merah tu ada aktiviti keluarga yang sesuai untuk anak-anak. Ada sewa roller blade, basikal, kereta control.

Susun atur bilik hotel ni pun saya suka. Bilik besar, cantik. Bilik pun ada connection door dengan bilik sebelah. Kadang datang ramai-ramai, kita lagi suka ada donnection door macam ni kan. Jarang hotel ada. Saya dapat bilik ni RM135 di booking.com untuk semalaman dan sarapan untuk 2 orang.


Connection door

Kafe yang selesa

Toilet




Berkenannya dengan almari ni. Husband kata almari seksi hehehe

Pemandangan dari tingkap bilik hotel

Friday, 19 August 2016

Berbaloi Menginap Di Alia Residence Business Resort, Langkawi

Minggu lepas saya ada kerja luar di Langkawi. Hotel yang disediakan Alia Residence Business Resort, Langkawi. Jauh sikit dari Bandar Kuah tapi berbaloi. Hotel nampak macam baru. Bilik besar, selesa. Kemudahan semua okey dan ada swimming pool. Saya sampai awal dalam jam 1.00 petang. Kebetulan memang tak ada orang di bilik yang di booking. Dorang benarkan saya check in awal. Lega sangat, dapat rehat. Sebab kepenatan naik bas dari malam. Tak sabar nak mandi...


Masuk bilik je tengok wow bestnya. Siap ada sliding door kat belakang, ada tempat rehat-rehat sambil minum petang gayanya. Belakang ni kita boleh tengok laut. Macam sesuai sangat kalau nak buat family day sebab ada pondok rehat, ada padang bola pantai, kerusi rehat, kawasan luas. Pendek kata tip top la hotel ni. Saya suka. Peti ais pun ada, tv, almari ada 2 kiri kanan. Sumbat semua baju kita dalam tu. Takdelah bersepah bilik kita kan. Iron pulak dorang dah sediakan setiap floor. Kiranya kena keluar bilik la untuk iron. Bagi saya senang jugak takdelah kita kena call dorang hantar iron, then dorang datang nak ambil semula. Letak kat luar macam tu ikut kita bila kita rasa nak iron. Kan?

Best kan santai-santai petang kat sini

View belakang bilik kita

Toilet tak ada bath tub
Toilet tak ada bath tub tapi ada air panas. Korang rasa nak berendam leh gi swimming pool je. Harga bilik ni pun tak mahal sangat. Berbaloi dengan fasiliti yang ada. Yang bilik saya ni RM140.00 semalaman. Nak keluar gi Pantai Chenang pun tak jauh mana. Dekat jugak dengan airport. Kawasan santai-santai tepi pantai sambil makan laksa, cendol. Langkawi pun bukan besar mana kan. Pusing-pusing situ jugak jumpa nya