Showing posts with label Sungai. Show all posts
Showing posts with label Sungai. Show all posts

Monday, 20 November 2017

Piknik di Ulu Slim Eco Park, Tanjung Malim


Best sangat tempat ni. Kawasan besar, bersih, terjaga, kemudahan pun cukup lengkap. Sungai pun best. Boleh pilih nak cetek ke, dalam ke, yang berbatu ke. Ikut kita. Pondok dan wakaf pun ada banyak disediakan. Wakaf siap ada point plug, lampu. Memang sangat sesuai nak berpiknik. Siap boleh bawakla rice cooker ke apa.

Saya plan nak camping separuh hari sebenarnya. Siap bawak dah khemah dan semua peralatan tapi kali ni pergi dengan kawan perempuan dan anak-anak 6 orang. Memandangkan takde lelaki dewasa dalam group kali ni, malas pulak nak pasang khemah. Memikirkan nak pasang dan kemas balik tu yang sungguh la malasnya. Hehehe




Jadi kami duduk kat pondok je masak-masak dan makan. Anak-anak macam biasalah terus terjun sungai. Mandi tak ingat dunia sampai kecut kaki tangan. memang dah siap-siap pakai baju mandi dari rumah. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai, bila nak sampai. Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari rumah saya di Sungai Buloh.

Walaupun tempat ni jauh ke dalam dan sunyi, tapi ada pengawal keselamatan yang jaga pagar 24 jam. Pagar pun sentiasa ditutup.



Bila sampai sini tengok macam best pulak kabin tempat penginapan yang disediakan. Sebab  malas nak pasang khemah, kami pun booking la kabin 1. First time la masuk dalam kabin yang dibuat bilik. RM120 sebuah kabin tapi berbaloi la sebab ada 6 katil single, 6 towel, 6 sabun mandi. Ada toilet dalam kabin, aircond. Puas hati sangat la. Yang penting memang bersih dan terjaga. Landskap dorang pun cantik. Penuh dengan pokok bunga. Pastu nampak ada toilet untuk kegunaan orang awam yang dalam pembinaan.





Masa kami kat sini ada 2 buah kereta datang camping. Lepas tu ada dalam 3-4 buah kereta yang datang picnic macam kami. Bayaran untuk yang datang picnic sahaja dorang caj RM15.00 untuk satu kereta, yang camping RM25, kabin pulak RM120. Tapi ada kabin VIP yang ada katil queen dalam RM200 rasanya. Tak ingat pulak harga.

Yang tak pernah lagi sampai kawasan sini, bolehlah try. InsyaAllah berbaloi. Sebelum datang belilah semua keperluan sebab kat sini memang takde kedai makan. Lagi satu line Umobile memang langsung takde ye. Maxis pun slow. Tapi bagus juga takde sebab kurang gangguan dan dapat tumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak hahahahaha...

Tuesday, 4 October 2016

Mandi-Manda di Teratak Tok Wan, Rawang

Cuti tiga hari tak ada ke mana pun. Sebab dua minggu berturut-turut weekend tak ada kat rumah. So, rasa cuti tiga hari ni nak duduk kat rumah je lepak-lepak sambil mengemas apa yang patut. Kain pun dah nak jadi gunung nampaknya tu. Tapi bila ada anak-anak ni ada je idea nak berjalan tu timbul. Teringat pulak post viral di FB baru-baru ni pasal Teratak Tok Wan. Lokasi pun tak berapa jauh dari rumah saya. Dalam 17km aje ikut LATAR. Jalan pun lengang aje, tak sampai setengah jam dah sampai. Ikut waze je pasti jumpa, insyaAllah. Berdekatan dengan Tesco Rawang.

Tempat ni sebenarnya kawasan kampung. Tanah lot rumah persendirian. Tapi agaknya asal dulu kala ada sungai, owner buat kolam untuk mandi-manda. Air kolam tu pun memang punca dari sungai. Sejuk sangat.


Buka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Bayaran masuk RM2.00 setiap orang. Berbaloi sangat kadar yang dikenakan sebab tempat selesa, banyak pondok nak berkelah disediakan. Tandas, surau pun ada dan bersih. Kaunter bayaran tu ada jugak kedai serbaneka yang jual makanan ringan, air. Homestay pun ada bagi yang nak menginap dengan kadar bayaran RM200 satu malam dari jam 3pm - 3pm hari berikutnya. Bagi yang nak guna harian pun ada dengan kadar bayaran RM150 dari jam 3pm hingga 6pm. Mana tau kan kot datang nak berehat, nak selesa tempat salin baju dan sebagainya bolehlah ambil untuk kegunaan harian tu.

Yang lain-lain bagi saya semua okey dan puashati. Asalkan anak-anak seronok sudah. Yang seterusnya biarlah gambar berbicara hehehe


Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil. Paip hitam tu saluran air dari sungai

Pondok atas pokok. Memang jadi rebutan. Kena datang awal kalau nak cop 

Entrance kawasan kolam. Kanan tu dereten pondok untuk berkelah. Kiri kerusi batu dan payung

Kolam ni dalam sikit. Kena hati-hati



Tempat memasak khas untuk penginap homestay sahaja

Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil


Belah sana pun ada pondok untuk berkelah

Kaunter bayaran dan kedai mini serbaneka



Pondok berkelah