Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, 2 August 2019

Cuti-cuti Kuala Lumpur di WP Hotel




Hai Assalammualaikum

Hari ni saya nak share pasal Cuti-cuti Kuala Lumpur.

Sebenarnya saja je nak bawak anak-anak berjalan sebab abang dia dah sebulan tak balik rumah. Tapi CikSya malas nak pergi jauh-jauh sebabnya dia cuma cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Ahad nak kena masuk asrama semula. Jadi masa survey tempat bercuti, tengok hotel kat KL pun banyak yang ada swimming pool tapi harga mampu milik. Terus booking dan siap!

WP Hotel ni terletak dekat dengan Chowkit, GM Plaza, Jalan TAR. Semua boleh jalan kaki je. Sangat dekat. Mana yang sayang lemak boleh lah order grab heheh




Saya pergi 2 family. Family saya dan family kakak. Jadi kami ambik Family Room 2 bijik. Dapat bilik sama level tapi jauh-jauh jugak sebab satu level tak banyak family room. Connecting room ada tapi bukan family room sebab family room semua bahagian corner. Rasa rugi pulak ambik family room hehehehe.


Bilik dia ok puashati, besar jugak, selesa, toilet pun selesa sebab asing tempat mandi dan tempat membuang. Saya suka toilet macam ni walaupun satu pintu tapi diasingkan. Lebih selesa.

Paling best pasal hotel ni sebab swimming pool dia kat rooftop. Memang best lah sebab view dia cantik. Nampak suasana Kuala Lumpur. Nampak Menara KL tapi tak nampak KLCC sebab dah tertutup dek bangunan lain. Swimming pool dia tak besar sangat tapi oklah untuk anak-anak seronok. Mak dan bapak pun sama join beronok-ronok dalam kolam heheheh.

Cuma kalau waktu panas memang tak tahan la sebab takde bumbung. Dia konsep terbuka. Ada tempat duduk untuk minum-minum, ada bar jugak kat atas kalau nak order makanan / minuman tapi makanan luar tak boleh bawak masuk. Kolam bukak dari jam 7am – 10pm. Mandi lah puas-puas sampai lebam. Waktu malam jangan lupa pi kolam ni sebab view dia bertambahlah cantik.

Nak mandi kolam tak perlu bawak towel sebab kat kolam pun ada towel. Cuma mintak dengan staf hotel kat kaunter tu.

Parking je susah sikit kat hotel ni. Sangatlah terhad. Kalau dah dapat parking tu janganlah gatal nak keluar hahaha. Kang susah nak dapat parking semula. Tak pun kena parking berbayar kat Lorong Haji Taib yang dekat dengan Bake with Yen tu.

Harga hotel ni saya bayar RM375.42 untuk 2 bilik. Jadi 1 bilik harga RM187.71 melalui Agoda.
Waktu malam kami merayau ke Pasar Jalan TAR cari makan. Lepas tu layan buskers depan Sogo. Sesekali bercuti dalam Kuala Lumpur best jugak kan.


Tuesday, 4 December 2018

Melawat ke Zoo Songkhla, Hatyai


Entry kali ini nak cerita pasal percutian kami ke Krabi - Hatyai baru-baru ni. Dari Krabi, kami singgah Hatyai dulu semalaman sebelum balik KL. Dah alang-alang sampai kan, kita berjalan dulu. Krabi ke Hatyai lebih kurang 4 jam perjalanan. Tapi memang wajib singgahla sebab dari Krabi kita memang lalu Hatyai kalau nak balik KL. Rugilah kalau tak singgah.


Dah sampai Hatyai ni jangan lupa masukkan zoo sebagai salah satu tempat lawatan wajib. Berbaloi sangat dengan harga tiket. Kawasan zoo luas, bersih, cantik dan paling istimewa sebab boleh bawak masuk kereta sekali. Taklah penat nak berjalan. Yang taknak jalan dengan kereta, boleh naik tram yang dorang sediakan.
Harga tiket mampu milik. 150baht (RM19.09) dewasa, 70baht (RM8.91) kanak-kanak dan 50baht (RM6.36) kereta.







Zoo ni dekat dengan Samila Beach. Saya ke Samila Beach dulu bergambar, baru ke zoo. Lepas zoo baru pusing balik ke Pasar KimYong, Hatyai beli barang nak bawak balik KL sebab ini hari terakhir kami kat Thailand. Pagi-pagi dah bangun terus bersiap dan check out hotel. Rugi lah datang jauh-jauh cuma nak lepak kat bilik je hehehe.
Zoo ni ada waterpark sekali. Sila bawak baju mandi ye 😁
Hatyai ke Songkhla lebih kurang 40minit perjalanan.

Cerita lain yang berkaitan percutian ni boleh klik link bawah

Monday, 3 December 2018

Pengalaman Menginap di Oscar Villa Aonang Krabi


Hari ni nak cerita sikit pasal hotel yang saya menginap di Krabi. Saya booking melalui Agoda. Bayar siap-siap secara online RM144.35 semalaman. Cerita details ada di sini
Hotel ni jarak 3km dari Pantai Ao Nang, Krabi. Tak jauh sangat pun. Senang bergerak kalau yang ada transport. Yang takde, boleh guna shuttle yang dorang sediakan.









Saya booking bilik jenis Bedroom Villa. Biliknya kat bawah, dekat dengan pool. Parking kereta depan bilik. Yang bestnya bilik ni ada ruangan pantry. Maksudnya ruangan asing dari katil. Disediakan pinggan, mangkuk, sudu, garpu, peti ais, sinki termasuklah dapur elektrik dan microwave. Yang rajin nak masak, bolehlah memasak.
Pekerja kat sini kebanyakan muslim dan boleh berbahasa melayu dengan lancar. Sangat mudah nak berkomunikasi. Dorang pun friendly dan sangat membantu. Kawasan pun bersih sangat.
Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi. Menu sarapan pagi lebih kurang macam masakan Malaysia. Ada nasi goreng, sosej, pancake, buah-buahan, cornflakes dengan susu segar, jus. Tak banyak sangat tapi kenyang 😊
Untuk yang nak beli pakej island hoping pun elok beli kat sini je sebab harga dia 750baht (RM95.45) sahaja berbanding yang jual dekat luar tu rata-rata letak harga 1200-1300baht seorang dewasa. Jauh beza tu kan. Kanak-kanak dorang caj 450baht (RM57.27). Yang ini untuk 4 island. Yang 7 island saya tak pasti. Lupa nak tanya.
Dah pergi Krabi, jangan lupa makan pancake Krabi ye 


Wednesday, 31 October 2018

Mandi-manda di Golfview Residence Club, Bandar Tasik Puteri, Rawang




Kejadian Sabtu lepas. Tempat ni dekat je dengan rumah saya tapi tak pernah tahu kewujudan kerana kurang diberi promosi. Tau pun dari kawan yang duduk area sini. Saya pun terus bawak anak dan anak-anak buah ke sini. Best jugak. Kebetulan baru lepas hujan, orang tak ramai. Bayaran masuk cuma RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 bagi dewasa. Bayaran ni dikenakan kalau kita nak mandi je. Kalau setakat temankan anak-anak, tak perlu bayar pun. Bagus kan?

Kafe
Kat sini ada jugak kafe, gym, indoor playground. Bolehlah guna bagi yang berminat. Saya cuma duduk rehat-rehat sambil perhatikan anak-anak mandi. Seronok sangat dorang. Takyah pergi jauh-kauh kan.

Toilet
Tempat Tukar Baju

Locker
Toilet, tempat tukar baju pun ada, bersih dan selesa. Kira berbaloila dengan bayaran masuk tu. Kolam takla besar mana tapi ok je.


Tempat ni sebenarnya untuk buat event macam birthday party atau apa-apa yang sesuai untuk kapasiti orang yang sikit. Bayaran untuk majlis pun  murah. RM550 je. Untuk lebih  lanjut uols call la sendiri ye heheh. Kang salah bagi info pulak kita.

Friday, 4 May 2018

Jejak Mural I P O H


Dah lupa sama ada penah pergi Ipoh atau tak. Rasanya ada la lalu di Ipoh tapi tidaklah sempat explore bandar Ipoh. Kali ni berpeluang nak melawat bandar Ipoh. Best sangat bandar Ipoh ni terutama bagi geng-geng yang suka bergambar. Saya datang Ipoh hanya semata-mata nak bergambar dekat mural ni semua.

Semasa buat carian di google, ada 44 mural di sekitar bandar Ipoh tapi yang saya jumpa tak sampai 10 pun. Ada basikal sewa disediakan untuk memudahkan pencarian mural ni tapi sebab cuaca tengah panas, saya malas nak naik basikal.

Nak cari mural ni senang je. Set kan google map Muzium Ho Yan Hor. Lepas tu parking dan teruskan pencarian. Ada je kat tepi-tepi lorong sekitar tu. Selamat mencari!!


Cari muzium ni dan parking kereta area sini

Dekat tepi celah lorong tu tempat orang jual souvenir


Celah lorong ni pun ada mural



Dah sampai Ipoh, jangan lupa ke Hentian Limau Tambun. Dekat je dengan Bandar Ipoh.


Monday, 20 November 2017

Piknik di Ulu Slim Eco Park, Tanjung Malim


Best sangat tempat ni. Kawasan besar, bersih, terjaga, kemudahan pun cukup lengkap. Sungai pun best. Boleh pilih nak cetek ke, dalam ke, yang berbatu ke. Ikut kita. Pondok dan wakaf pun ada banyak disediakan. Wakaf siap ada point plug, lampu. Memang sangat sesuai nak berpiknik. Siap boleh bawakla rice cooker ke apa.

Saya plan nak camping separuh hari sebenarnya. Siap bawak dah khemah dan semua peralatan tapi kali ni pergi dengan kawan perempuan dan anak-anak 6 orang. Memandangkan takde lelaki dewasa dalam group kali ni, malas pulak nak pasang khemah. Memikirkan nak pasang dan kemas balik tu yang sungguh la malasnya. Hehehe




Jadi kami duduk kat pondok je masak-masak dan makan. Anak-anak macam biasalah terus terjun sungai. Mandi tak ingat dunia sampai kecut kaki tangan. memang dah siap-siap pakai baju mandi dari rumah. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai, bila nak sampai. Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari rumah saya di Sungai Buloh.

Walaupun tempat ni jauh ke dalam dan sunyi, tapi ada pengawal keselamatan yang jaga pagar 24 jam. Pagar pun sentiasa ditutup.



Bila sampai sini tengok macam best pulak kabin tempat penginapan yang disediakan. Sebab  malas nak pasang khemah, kami pun booking la kabin 1. First time la masuk dalam kabin yang dibuat bilik. RM120 sebuah kabin tapi berbaloi la sebab ada 6 katil single, 6 towel, 6 sabun mandi. Ada toilet dalam kabin, aircond. Puas hati sangat la. Yang penting memang bersih dan terjaga. Landskap dorang pun cantik. Penuh dengan pokok bunga. Pastu nampak ada toilet untuk kegunaan orang awam yang dalam pembinaan.





Masa kami kat sini ada 2 buah kereta datang camping. Lepas tu ada dalam 3-4 buah kereta yang datang picnic macam kami. Bayaran untuk yang datang picnic sahaja dorang caj RM15.00 untuk satu kereta, yang camping RM25, kabin pulak RM120. Tapi ada kabin VIP yang ada katil queen dalam RM200 rasanya. Tak ingat pulak harga.

Yang tak pernah lagi sampai kawasan sini, bolehlah try. InsyaAllah berbaloi. Sebelum datang belilah semua keperluan sebab kat sini memang takde kedai makan. Lagi satu line Umobile memang langsung takde ye. Maxis pun slow. Tapi bagus juga takde sebab kurang gangguan dan dapat tumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak hahahahaha...