Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Monday, 21 May 2018

Brownies Cookies




Terjebak jugak dengan resepi viral ni. Hari-hari nampak orang share di FB. Tergugat pulak iman kerajinan. Kenala buat kan. Buat sangat mudah cuma kenala ada macaroon mat tu. Kalau takde, kena kreatif sikit.

Mula saya terus piping atas baking paper dan bakar. Hasilnya mendukacitakan. Rasa memang sedap tapi rupa menakutkan. Hahaha...anak pun takmau makan. Takut punya pasal

Nilah rupa brownies cookies menakutkan

Akhirnya saya dapat idea, pipe kan dalam paper cup nipis. Tadaaa dah jadi

Kenala beli macaroon mat kan. Leh jadi biskut raya tahun ni

RESEPI BROWNIES COOKIES
Kredit to Liza

Bhn2:

120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing -  guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional 

Cara
dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C 
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara

* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu

Wednesday, 11 May 2016

Brownies Guna Pemanggang Ajaib


Kali ni try buat brownies kedut guna pemanggang ajaib. Pemanggang ni beli kat kawan ofis brand Vintage. Jarang-jarang pun guna tapi bila perlu tu senangla sebab dah ada. Senang jugak guna pemanggang ni. Just tuang dan bakar. Nak basuh pun senang sebab dia tak melekat langsung. Cara dan resepi ni saya dapat di FB Azlina Ina. Banyak sangat tips dan resepi yang dia kongsikan. Memang terbaik.



Punyala nak ambik gambar brownies dalam pemanggang. Anak tengah buat homework pun kacau hahahah...


Resepi Brownies Kedut

3/4 cawan butter
400g blok coklat masakan  
ok panaskan double boil dua bahn ni bg cair bia suam kalau sejuk coklat jd keras ssh nk kacau nnt


4 bijik telur gred A /5 biji telur gred b 
1 cawan gula castor 
sedikit esen vanila kacau rata
dah tu boleh masukkn bhn yg suam td kacau jugak bg rata je


Ayak kan 3/4 cawan tepung kek/tepung gandum+1sk baking
powder+1/4 cwn serbuk koko
Masuk sket2 dalam bhn yg di kacau td dan kacau rata
Tuang adunan dalam pemanggang ajaib. 
Bakar lebih kurang 35-40 minit. Siap.