Wednesday, 11 May 2016

Brownies Guna Pemanggang Ajaib


Kali ni try buat brownies kedut guna pemanggang ajaib. Pemanggang ni beli kat kawan ofis brand Vintage. Jarang-jarang pun guna tapi bila perlu tu senangla sebab dah ada. Senang jugak guna pemanggang ni. Just tuang dan bakar. Nak basuh pun senang sebab dia tak melekat langsung. Cara dan resepi ni saya dapat di FB Azlina Ina. Banyak sangat tips dan resepi yang dia kongsikan. Memang terbaik.



Punyala nak ambik gambar brownies dalam pemanggang. Anak tengah buat homework pun kacau hahahah...


Resepi Brownies Kedut

3/4 cawan butter
400g blok coklat masakan  
ok panaskan double boil dua bahn ni bg cair bia suam kalau sejuk coklat jd keras ssh nk kacau nnt


4 bijik telur gred A /5 biji telur gred b 
1 cawan gula castor 
sedikit esen vanila kacau rata
dah tu boleh masukkn bhn yg suam td kacau jugak bg rata je


Ayak kan 3/4 cawan tepung kek/tepung gandum+1sk baking
powder+1/4 cwn serbuk koko
Masuk sket2 dalam bhn yg di kacau td dan kacau rata
Tuang adunan dalam pemanggang ajaib. 
Bakar lebih kurang 35-40 minit. Siap.



No comments: