Thursday, 12 March 2009

Puding Roti Croisant

Saya dapat resepi ni dari fotopages mamafami kalau tidak silap. Tengok mamafami beriya-iya rekomen resepi saya pun try lah buat. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak tapi agak mahal jugak la. Hmm...sedapnya tak terkata. Lemak-lemak susu gitu. Memang marveles rasanya. Tak rugi buat. First time buat masa keluarga mentua abang saya bertandang ke rumah. Semua memuji siap nak order lagi. Malam tu jugak habis seloyang. Kalau masak elok dia akan keluar seketul gitu dan cantik je untuk hidangan. Tapi kalau tak berapa masak dia jadi lembik dan macam berair sikit. Bila keluarkan dia kadang-kadang hancur dan tak cantik untuk hidangan...Ada baiknya lebihkan masa masak tu. Biasanya saya lebihkan 10-15 minit. Tak pun bagi yang ada caserol cantik tu boleh guna masuk oven dan terus hidang. Saya ni ada loyang aje. Itupun mak punya...huhu

Resepi:
250 ml susu segar
200 ml whipping cream
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanila
Croissant dalam 4-5 biji dipotong
Bahan Hiasan:
Sedikit ceri merah dan kismis tabur diatas bahan sebelum dimasuk dalam oven.

Caranya:
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian masukkan gula dan kacau. Jangan dipukul.
Tambahkan vanila dan masukkan susu segar . Kacau lagi.
Masukkan whipping cream dan kacau.Tapiskan bahan di atas dan ketepikan.
Sapukan butter pada loyang.Masukkan croissant yang dipotong ke dalam loyang.Masukkan bahan yang ditapis tadi ke atas roti.
Bakar selama 40 minit (170 C) secaara double boiler.
Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan(saya terus hidang panas-panas pun sedap)

No comments: