Monday, 9 March 2009

Apam Ice-cream

Apam ni dah lama aku buat dan dah banyak kali. Pernah juga dua kali bawa ke ofis sebagai pot luck. Semua kata sedap. Aku pun rasa macam tu jugak. Lagipun senang nak buat dan bahannya pun murah. Aku dapat resepi ni dari Chome di wmc. Thanks chome.

Resepi
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir -
3/4 cawan ice-cream soda -
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-3 warna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovalette

Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.

No comments: