Wednesday, 18 March 2009

Kek African Marble

Dah lama simpan resepi ni tapi asyik tak terbuat sebab stok self raising flour dah habis. Tapi memang selalu simpan hajat nak buat sebab melihatkan komen-komen dari forumer memang memberangsangkan. Hari Ahad lepas balik kenduri saya telefon mak mertua sebab katanya nak datang KL ada kenduri kahwin anak jiran lama. Kebetulan masa call dia memang dah siap nak balik umah kak ngah Jay. Saya pun ajak Jay pergi lawat dia. Tapi nak masa sejam untuk bakar kek...heheh...Sempat lagi...

Sayau pun terus ke dapur dan menggodek resepi yang ada. Terfikir pulak pasal African Marble kek ni dan loyang love yang baru saya beli. Mesti cantik kalau buat dalam tuh...Saya gunakan tepung superfine aje menggantikan self raising flour. Ok jugak menjadi. Tapi kalau guna tepung self raising mungkin lagi lembut dan gebu...


African marble
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

No comments: