Hari ni malas nak pegi kerja. Rasa cam ngantuk sangat lagipun alarm yang jam 5.45 pagi tadi tak dengar. 6.10 baru dengar. Mana sempat. Lagipun hari Isnin jalan jem. Memang kena keluar awal sekarang. Lepas hantar Azroy singgah kedai beli pisang nak buat lepat. Minggu lepas dah buat tapi dapat dalam 10 biji. Dapatla saya merasa dua biji sebab yang lain bagi kawan ofis yang suka sangat makan lepat. Hari ni saya buat dua adunan. Dapat 27 biji dan try letak inti kelapa. Sedap jugak. Lagipun sangat senang nak buat. Tak sampai sejam dah siap tapi kena tunggu sampai betul-betul sejuk baru boleh makan. Kalau tidak rasanya tak sedap. Walau apa pun, resepi lepat pisang kak hanieliza ni memang sedap...thanks kak...
Resepi lepat pisang Kak Hanieliza
2 cawan pisang lenyek (sya guna pisang berangan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar susu tepung
daun pisang secukupnya (direbus 30 saat untuk memudahkan melipat)
Cara:
Campur kesemua bahan hingga sebati.
Letakkan sesudu ke atas daun pisang dan lipat.
Susun dalam kukusan dan kukus dalam 15-20 minit.
Sejukkan baru dihidang.
No comments:
Post a Comment