Thursday, 26 January 2012

Mee Goreng Udang dengan Fishball

Pertama kali buat masa kawan ofis saya datang beraya tahun lepas. Saya pun tak tahu nak masak apa. Fikir punya fikir saya nak cuba masak mee goreng. Saya malas nak buat makanan berkuah masa tu. Saya telefon mak tanya macam mana nak goreng mee. Lepas tu terusla pergi kedai beli bahan. Resepi mak saya ni simple je tapi Alhamdulillah rasanya boleh tahanlah. Saya suka je rasanya. Tak taulah bagi orang lain macam mana. Azroy pun suka makan mee goreng ni tapi mesti letak fishball banyak-banyak. Sekarang resepi ni dah jadi makanan kegemaran kami sekeluarga.

Mee Goreng Udang dengan Fishball


Sepeket mee kuning - cuci bersih dan toskan
15 ekor udang sederhana besar
2 peket fishball
6 biji bawang merah}
4 biji bawang putih}
1 biji bawang besar}
1 1/2 sudu besar cili mesin} kisar halus
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap biasa
1 cawan air
Garam dan perasa secukupnya


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
Masukkan kicap pekat, kicap biasa, garam dan perasa. Kacau.
Masukkan mee. Masukkan air 1 cawan. Kacau. Bila dah sebati semua masukkan fishball. Kacau sebati dan siap.


*Kalau mee belum lembut tambahkan air lagi.

No comments: