Friday, 30 September 2016

Back to Nature : Berkhemah di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Gambar Google 
Best giler tempat ni. Ikan merata-rata dalam sungai hahahaah. Boleh pegang, boleh mandi dengan ikan. Best ke best? Tapi tak boleh pancing, tak boleh makan ye. Ikan-ikan ni ikan terkawal gitu. Yang teringin nak berkhemah kat sini kena tau satu perkara iaitu parking kereta kat luar pintu gerbang tu. Sepanjang jalan besar. Keselamatan tak dijamin ye. So, pada yang sayang sangat kereta dia dinasihatkan tak usah datang hehehe...Kang termimpi-mimpi kereta dia. Jalan kaki bawakla barang berat-berat tu. Elok kalau bawak troli atau beg pasar tu ha. Jalan kaki dekat 15 minit jugak baru sampai campsite. Ini kejadian September 2015. Baru hegeh-hegeh nak update heheheeh

Pintu Gerbang. Memang tak boleh masuk dengan kereta. Parking area sini sahaja dan jalan kaki masuk campsite
Daftar dulu, ada bayaran deposit untuk yang nak berkhemah tapi maaflah memang dah lupa. Boleh rujuk blog lain untuk keterangan lanjut. Dah siap daftar semua, bolehlah pacak khemah. Saya datang waktu cuti. Memang ramai lah kan. Tapak khemah yang kami pilih pun dah ada yang booking. Kena pilih tempat lain. Memang meriahlah kan.

Meniti balak menuju ke waterfall
Esok pagi-paginya memasing dah tak sabar nak trekking naik ke waterfall. Kebetulan malam tadi hujan lebat. Pengurusan tempat ni memang tak bagi kami naik atas sebab bahaya kepala air. Dah hampir tengah hari baru dapat naik atas tapi memang best la. Nak trekking ni jauh jugak. Tapi best sebab suasana sungai, hutan. Kita tak rasa penat dan lama pun. Tau-tau je dah sampai. Berbaloi jalan kaki jauh bila tengok ikan-ikan keliling kita dalam sungai. Menakjubkan sungguh. Jangan lupa bawak makanan, air sebab lama nak lepak atas kan, Nanti lapar. Takde orang jual makanan. Dah puas mandi sungai, kita pun gerak balik ke khemah. Masa ni budak-budak pun dah ngantuk. Kenala berdukung pulak.

Waterfall. Air keruh sebab baru lepas hujan

Nampak tak ikan-ikan tu. Best woooo
Kalau ada masa lagi memang nak datang sini semula. Tak puas rasanya mandi sungai dengan ikan. Pengalaman yang susah nak diperolehi kan.

Tips / Panduan

1- Hanya dibuka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00am - 6.00pm
2- Isnin - Khamis memang TUTUP
3- Pakai sandal atau crocs sebab nak meredah sungai. 
4- Nak naik ke waterfall pakai terus baju nak mandi. Saya turun pun pakai baju mandi tu semula. Dah sampai khemah baru tukar. So, tak banyak barang bawak. Just bawak jajan
5- Bawak beg waterproof untuk kamera, henfon dll sebab banyak meredah sungai paras dada
6- Bayaran masuk seorang RM1, tapak khemah caj lain

Gambar saya semua tak cantik sebab masa ni henfon rosak. Tapi sebenarnya tempat ni amatlah cantik 

No comments:

Post a Comment