Monday, 21 November 2011

Bahulu Senyum

Saya buat ni semalam untuk minum petang. Tetiba rasa rajin pulak nak menggodek. Tanya Azroy nak makan kuih apa, jawabnya "nak makan kuih warna-warni". Itu tak lain tak bukan mesti nak makan apam. Saya pun cari resepi apam yang lama-lama. Terjumpa resepi Bahulu Senyum yang saya dapat di blog Masam Manis. Tengok bahan pun semua ada kat rumah. Memang sesuailah untuk saya cuba.

Buatnya senang, sekejap je. Saya guna emulco coklat dan perasa strawberry. Memang sedap. Rasanya macam apam jugak sebenarnya. Saya guna paper cup saiz S, dapatlah dalam 70 biji. Tapi yang peliknya bahulu saya ni tak tersenyum macam bahulu kak ita lah. Hehe. Rasanya sebab saya kukus guna api sederhana. Tapi tak apa, sebab walaupun tak senyum kejadiannya tetap cantik dan nampak menyelerakan. Thanks pada kak ita yang berkongsi resepi menarik.

Bahan:
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sb ovalet
1 st esen vanila
2 biji telur sejuk
3/4 cawan susu segar
1 st baking powder

1 sb emulco coklat
1 sb perasa strawberry

Cara:
Campur semua bahan kecuali perasa. Pukul hingga adunan berwarna putih.
Bahagikan adunan. Campurkan perasa pada setiap bahagian. Maskkan dalam piping bag. Picitkan ke dalam paper cup 3/4 penuh. Kukus selama 15 minit. Siap.

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam..Emmmm buat minum petang pekenan ngan kopi panas sedapppp ni

~Sya~ said...

dr ptg spi ke mlm la jwbnya sue klu dh byk gini...heheh...