Wednesday, 16 November 2011

Pengat Labu

Teringin pulak nak cuba buat pengat labu lepas tengok kak ita kita buat kat sini. Memang mengancam. mangkuk pun cantik. Kalau jumpa mesti nak kena beli mangkuk macam tuh. Labu ni saya beli kat pasar. Seeblah je belinya. Takut nak beli banyak sebab saya sorang je pun yang makan. Jay memang tak berapa gemar makanan manis-manis. Sebelum ni saya penah try masak pengat ubi kayu. Sedap, tapi masa tu mak yang ajarkan. Kali ni plan nak ikut resepi kak ita tapi time nak buat internet problem pulak kat rumah. Dahla lupa nak print. Akhirnya saya ikut je cara saya sendiri ingat-ingat lupa time buat pengat ubi kayu tuh.

Dah siap dadukan labu tu saya rendam jap. Pastu saya pegi kedai beli santan. Balik tu saya terus rebus labu tu. Air tenggelam. Bila dah mendidih saya ambik labu tu try sikit sama ada dah empuk atau belum. Bila dah empuk saya buang air dalam periuk tu. Pastu tambahkan gula melaka sebelah, garam dan santan sampai menutup labu. Pastu saya simpulkan daun pandan. Kejap je dah mendidih. Saya kacau sampai gula melaka tu larut. Pastu termanis pulak. Saya tambahkan air sikit. Pastu dah okey semuanya saya tutup api. Hmm..sedap..Sungguh menyelerakan. Walaupun ikut cara sesuka hati saya entah betul entah tidak tapi rasanya masih lagi pengat labu. Hehe...

Bahan:
Setengah biji labu saiz sederhana - potong dadu
Santan dari sebelah biji kelapa
2 helai daun pandan
Setengah biji gula melaka
Secubit garam
Air secukupnya

Cara:
Rebus labu hingga empuk. Buangkan air. Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau perlahan hingga mendidih. Kalau perlu tambahkan air. Siap.

No comments: