Friday, 18 November 2011

Ikan Masak Kicap

Lauk ni dah biasa saya masak. Resepi ni ikut Kak Dayang kita kat sini. Kak Dayang kalau masak lauk pauk memang hebat. Semuanya menyelerakan. Biasanya kalau nak masak lauk pauk memang saya akan rujuk blog kak DJ. Resepi kali ni saya tak masukkan cili mesin sebab kehabisan stok. Tapi rasanya tetap sedap. Anak-anak pun suka. Thanks kak Dayang. Saya mohon copy paste resepi kat sini ye.


Ikan Masak Kicap Sedap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembong besar (digoreng seperti biasa)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit cili giling
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air secukupnya. 
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan.
  4. Setelah sebati, tutupkan api. 

2 comments:

With Julia said...

terliur tgk ikan masak kicap sis wat...ehehhe thanks kongsi resepi ye sis :)

~Sya~ said...

wcome julia...nti try tau utk abi...:)