Wednesday, 4 February 2015

Donut

Lamanya tak bersiaran. Sekarang banyak buah malas je...Sesekali tengok orang update resepi kat FB baru datang buah rajin. Tu pun kena segera dilaksanakan, kalau tak memang berkubur gitu aje..hehehe

Disebabkan cuti lama dari hari Sabtu, Ahad, Isnin sempena Hari Wilayah dan Selasa sempena Thaipusam perut ni memang lapar aje. Daripada dok termenung baik buat sesuatu yang boleh di ngap. Bahan dah ada, terus jelah buat. Lama dah tak mendonut sebenarnya. Ingat-ingat lupa dah semua. Tapi resepi kan ada. Kita ikut je step by step. Tak tau buat cara tak tau, jangan nak memandai-mandai hahahaah...

Alhamdulillah akhirnya menjadi. Separuh salut gula, separuh lagi salut coklat. Dapat dalam 20 biji, habis semua. Bagus, kalau macam ni buah rajin akan selalu menjelma hehehe...

Next time nak cuba dengan sosej pulak. Tengok macam sodap jeee...

DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu - aku guna susu anak aku jer..hehehe
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus

Bahan B:
200 ml air suam*
2 sudu teh instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu (tak guna pun)

Cara-caranya :
Bancuh Bahan B, masukkan ke dalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli sehingga doh licin dan lembut. Bentukkan menjadi donut dan tunggu sehingga doh naik lebih kurang 30 minit. Goreng dan salut dengan gula.


Cara Seindah Salju 

1. Bancuh Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A.
2. Masukkan air tambahan jika perlu.
3. Ulu doh hingga licin dan lembut - aku uli lama sikit la...
4. Perap doh selama 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Kemudian, tumbuk2 doh tue bagi angin keluar. Uli sekejap.
6. Bentukkan menjadi donut menggunakan acuan atau buat jer pakai tangan.
7. Tunggu hingga doh naik lebih kurang 30 minit.
8. Goreng dan salut dengan gula - guna api sederhana

Untuk donut sosej :
1. Uli doh menjadi tali yang pantang - ikut kepanjangan sosej ye
2. Lilitkan keliling sosej dan biar doh naik. - sosej x perlu rebus, just basuh sajer.
3. Goreng sekejap sajer. 

No comments: