Monday, 24 November 2014

Cucur Kembung Manis

Ni satu lagi resepi mudah. Dapat kat kawan dalam FB. Tengok cam senang je, cam mudah je kan. Terusla buat sabtu lepas. Bagi anak-anak makan. Alhamdulillah akhirnya ada jugak cekodok yang dorang suka makan. Selama ni buat cekodok bilis dan kentang langsung tak disentuh. Yang ini pulak siap mintak lagi. Buat untuk breakfast hari Sabtu, malam tu mintak lagi. Tapi sebab dah malam sangat mama dah ngantuk dan malas jugak sebenarnya. Hehehe...

Pepagi Ahad buat lagi menunaikan permintaan anak malam tadi. Sementara ada selera dorang nak makan baik kita buat kan. Kang dah takde selera paksa pun tak guna. Memang licin pinggan dorang makan. Thanks pada kawan yang sudi share resepi.

Cucur Kembung Manis

3 cawang tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 cawan susu pekat manis
3 cawan air panas mendidih

Campur semua sebati. Tunggu sejuk/suam. Goreng dalam minyak yang panas. Siap.

No comments: