Friday, 1 May 2009

Kek Gula Hangus

Baru lepas siapkan kek gula hangus guna resepi dari newbie123 di MyR. Sedap sangat dan senang nak buat. Sebelum ni pernah buat jugak guna resepi lain tapi resepi newbie123 ni lagi mudah dan rasa pun lagi sedap. Warna pun hitam berkilat. Sarang pun cantik. Perap 30 minit je dah cukup. Resepi ni saya copy paste dari MyR...

Bahan-bahan ( 1 )
1 cawan gula - untuk karamel
1 cawan air panas
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu makan butter/marjerin
Cara-cara
Panaskan 1 cawan gula dalam periuk sehingga menjadi karamel(perang dan cair semua gula..jangan sampai hitam legam hangus)
Padamkan api. Masukkan 1 cawan air panas (air gula karamel nanti akan meruap, jadi berhati hati dan pastikan periuk cukup besar untuk megelakkan tumpah. Air mesti air panas, kalau sejuk, nanti karamel akan terkezut dan terus keras). Kacau dan masukkan butter dan 1/2 cawan gula lagi. Biarkan sejuk.
Pukul telur sampai kembang. Saya guna blender saja. Masukkan tepung, susu, soda. Blend hingga sebati.
Akhir sekali masukkan karamel yang telah disejukkan tadi dan blend lagi hingga sebati
Perapkan lebih kurang 30 minit. Masukkan kedalam acuan yg telah disapu sedikit butter. Bakar selama 30-40 minit (oven 160 darjah)

No comments: