Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
- Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
- Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
- Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
- Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3 comments:
yum yum...mak buyung terliuq tgk kak sya wat puding roti...yup mmg simple je kan bahan2 dia...mahu atau nak wat jek...pasti ibu kak sya tersenyum meleret mamam puding roti yang lazat...:)
alamak juju..sorryla ye buat juju terliur...tak sempat nk bagi2 sbb hasilnya sikit sgt...next time klu buat kena double kan bahan2...
Post a Comment