Siap kukus jam 11.00. Saya keluarkan dari loyang pagi ini. |
Malam tadi berkesempatan buat kek ni. Dah lama dok intai-intai blog Kak DJ. Memang teruja nak cuba. Balik keje semalam terus singgah kedai bakery cari emulco. Dapatla dua perisa, coklat dengan blueberry. Balik tu masak dulu, dah makan semua, mandi baru start gedok-godek kek ni. Saya start dalam jam 9.15. Sediakan bahan ni sekejap je sebab bahan-bahan semua masuk sekali terus putar. Cuma masa mengukus jelah ambik masa dalam sejam. Tapi berbaloi menunggu. Kejadiannya sungguh memberangsangkan. Kek elok je keluar dari loyang. Cantik. Cuma marble nya tak berapa menjadi macam Kak DJ. Yang itu memang tak boleh lawan. Hehe
Pagi ni bawa ke ofis bagi kawan-kawan rasa. Alhamdulillah, dorang kata sedap. Maknanya menjadilah tu. Lainkali boleh try lagi lah.
Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
- 5 biji telur A (dari peti ais)
- 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
- 150 ml susu cair
- 180g gula halus
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1/4 sudu kecil garam
- 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna :
- coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
- pes pandan / pandan emulco
- pes bluberi + pewarna ungu
- pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
- perisa esen vanilla
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
- Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
- Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
- Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
- Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
- Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.
Salam Sya..
ReplyDeleteaduhaii..cantiknya kombinasi kaler kek niii...suke akak tengok...sungguh gebu! nanti kalau xkeberatan pos pic ni kat wall akak k. Terharu akak sb ramai gak yg sudi buat kek ni...
marble tu dah ok sgt dah...ade seni nya tau...akak appreciate sgt2 ..
mekasih ye sya krn sudi mencube resepi ni... jgn serik utk buat lagi ye. tq again :)
* wall fb...hehe
ReplyDeletewah, sifu dtg menjenguk la...thanks kak...mmg gebu pun...tekstur kek ni halus je pdhal guna tepung gandum je...lepas ni nak try kek lain plak...thanks sekali lagi
ReplyDeleteSama2...hehe
ReplyDeleteSya, akak share link ni kat wall fb akak k. tq
Ok kak DJ. Td tak sempat nak post pic kat wall fb tu. Nti sya jenguk ke sana ye. Tq
DeleteSalam Sya,
ReplyDeletecantik kaler combo ni. Bilalah nak try buat ni he he
Salam RC, thanks ye tp marblenya tak lulus lg tuh..hehe..nti try tau..berbaloi
Deletecantiknya kek ni sya...ssedapnya kalau dapat merasa:)
ReplyDeletenieza, buat sdr nti tau...leh makan puas2...hehe
ReplyDelete