Thursday, 3 May 2012

Puding Roti Karamel

Sebelum hantar Azroy mengaji malam tadi sempat cuba puding ni. Dah lama simpan resepi tapi baru ni berkesempatan nak buat.  Cuma kejadiannya tak berapa cantiklah macam yang orang lain buat. Saya buat benyek pulak. Permukaannya tak smooth. Tapi rasanya sedap. Just nice manis-manis lemak. Nak sediakan bahan dalam lima minit je. Lepas tu terus kukus dalam 40 minit. Bahan pun simple je. Memang sesuai untuk yang nak buat desert ekspress.




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com/2010/08/puding-telur-beroti.html
sumber : Kak Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je




No comments:

Post a Comment