Tuesday, 29 May 2012

Coklat Oreo

Semalam lepas tengok Kak Ita dari Blog Masam Manis buat Coklat Oreo ni teruja betul nak buat jugak. Balik kerja terusla singgah kedai bahan bakery. Carilah jugak coklat yang Kak Ita cakap tu Le Bourne tapi tak adalah pulak kat LMC tu. Yang ada brand Beryl's je. Ambikla jugak sebab memang nak try sangat buat sendiri. Harganya 1kg RM13.30. Lepas tu beli mould coklat tu RM7.50. Boleh tahan gak harganya tapi tak apa. Kalau tak guna untuk buat coklat pun boleh guna untuk buat puding.

Lepas masak untuk dinner, makan, solat Maghrib terusla masuk dapur start menggodek. Anak-anak pun sibuk nak menolong. Tapi bukan nak tolong sangat cuma berebut nak makan coklat yang mama tengah sagat. Sabar jelah. Tapi saya dah tersalah beli coklat putih. Sebab memang tak boleh ditukar coklat tu saya teruskan jugakla. Mudah jugak buatnya sebab Kak Ita memang ajar step by step cara nak buat. Memang senang faham. Saya buat separuh daripada resepi tu sebab takut tak menjadi. Lagipun mould coklat tu cuma ada satu. Jadi dapatlah 8 biji semalam. Itu pun ada yang oreo nye boleh nampak sebab coklat tak mencukupi nak tutup oreo. Lainkali kena buat 200g coklat untuk 8 biji biskut oreo.

Saya letak dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit je. Elok dah keras coklatnya. Saya tak letak edible image pun sebab tak beli. Tapi next time nak try letak la. Mesti anak-anak lagi suka. Dah keluar peti sejuk tu terus makan. Hmm..memang sedap. Azroy suka sangat. Tak sia-sia mama mencuba. Malam tadi je dah habis 4 biji dia makan. Pagi ni bagi dia bawak bekal. Saya letak coklat tu kat luar je malam tadi. Saja nak tengok apa jadi kalau tak letak dalam peti sejuk. Elok je rupanya. Ingatkan cair ke apa. Heheh...

Thanks Kak Ita yang sudi share resepi dan ajar step by step cara nak buat. Saya memang seronok sangat buat coklat ni sebab menjadi walaupun tak kemas kejadiannya. Kena praktis lagi nih.



COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat
Sumber: fromintankitchen




300 gm coklat susu kompaun (jenama Le Bourne)
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.


Coklat susu kompoun di racik halus
Cairkan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag


Mula-mula sediakan acuan seperti di sebelah.
Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.
Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja


Kemudia ketuk-ketukkan loyang atau hentak-hentakkan loyang supaya semua gelembung udara keluar
Selepas itu, susunkan biskut oreo.
Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.


Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.
Hentak-hentak lagi loyang untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.


Simpan dalam peti ais hingga mengeras.
Setelah keras keluarkan dari acuan.
Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya


Sediakan Edible Imej yang kita suka.
Sapukan sedikit coklat di belakangnya.


Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi
Kemaskan. Siap.

2 comments:

With Julia said...

Yummy...mmg budak2 sukakan coklat termasuk kita yg dh besar neh pun suka ehehhe...anak2 kak sya pun rajin nak tolong kan...bgus2..didikan role model yg terbaik..mana tahu iris pun minat dlm membaking suatu hari nanti... :D like mother like daughter

~Sya~ said...

insya-Allah juju...tp nampaknya Azroy yg tunjuk minat sgt dlm membaking ni...adik blom lg