Monday, 7 May 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Akhirnya berkesempatan jugak mencuba resepi kek coklat tanpa telur dari Kak DJ kita. Saya buat ni semalam lepas lunch. Sajala standby untuk minum petang terus. Sediakan bahan dalam 10 minit gitu, bakar dalam 45 minit. Saya bakar lama sikit sebab saya guna oven gas. Jadi memang lambat. Kalau guna yang elektrik memang cepat. Rasanya memang moist, sedap. Tak manis sangat mungkin sebab guna gula perang. Iris suka sangat. Banyak dia makan. Tapi ikut resepi ni sikit sangat rupanya. Hehe. Next time kalau buat guna double kan bahan. Apa pun thanks Kak DJ yang sentiasa mengeluarkan resepi yang best-best untuk saya cuba dan yang paling penting mudah dan senang untuk dibuat.

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com


bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

4 comments:

With Julia said...

kak sya...1st time dgr baking kek x perlu guna telur...sooo great! tgk pun sudah tentu sedap eheheh...nanti buleh lah jd tema antara kuih2 raya nanti...simple je tgk bahan2 dia sis...:D patotlah iris suka mamam ehehhe

~Sya~ said...

aah ju...tu yg k.sya try...kiranya kek vege la nih..heheh..nti try ye

With Julia said...

itulah k.sya kena try neh...oven je x beli lagi ehhehe ;P bila ada oven kecik best sikit jd penguat semangat utk membaking...moga semangat itu datanggg ehhehe :D

~Sya~ said...

insya-Allah...mana tau abi nak hadiahkan time mama day ni kan...wink~~