Monday, 16 June 2014

Sambal Ketuk


Semalam masak daging kari. Malas nak ke kedai beli sayur. Itu jelah lauknya. Tapi rasa macam kosong pulak kan. Macam tak lengkap. Teringat pulak resepi sambal ketuk yang dah tersimpan lama. Macam sedap je kan. Tengok bahan semua ada. Bolehlah buat. Memang sedap. Saya meratah gitu je bila nasi dah habis. Makan dengan lauk sup lagi sedap sambal ni. Next time buat nak kurangkan cili. 


Bahan-bahannya:-

Segenggam ikan bilis
10 biji cili api - lebih atau kurang
Bawang besar sebiji
Limau nipis sebiji
Sedikit minyak untuk menumis

 Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan tadi dalam kuali. Urutannya goreng bawang dulu, lepas tu goreng cili, last sekali baru goreng ikan bilis. 
Kacau hingga garing.
Angkat dan tumbuk dalam lesung batu
Bila dah lumat perah air asam limau

Siap untuk dimakan

No comments: