Monday 30 June 2014

Puding Mangga

Semalam punya cerita. Kebetulan ada buah mangga sebijik mak mertua bawak last week. Tengok resepi cam senang je. Terusla masuk dapur godek-godek. Sekejap je dah siap. Banyak jugak dapat. Saya terus asingkan dalam bekas tau fu fa. Boleh bagi jiran yang selalu tak lokek bagi juadah pada saya. Rasa puding ni pada saya biasa je. Sesuai pada yang tak suka manis. Sebab puding ni rasa manisnya ala kadar saja. Makan sejuk-sejuk memang nyaman masuk tekak.



PUDING MANGGA
resipi asal : Gert@MyKitchenSnippets
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air ~ cawan metrik
7 - 9 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai/bergantung pd tahap kemanisan buah mangga
1 cawan susu segar
1 cawan isi mangga yg dikisar
1 helai daun pandan

Cara:
Masak air bersama agar2 serbuk hingga larut dan masukkan gula dan daun pandan.
Masak lagi hingga mendidih dan masukkan susu segar.
Biarkan ia hampir mendidih dan masukkan mangga yg dikisar tadi.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit dan tuangkan ke dalam acuan yg disukai (basahkan sedikit mould utk memudahkan utk mengeluarkan puding. sekiranya menggunakan silicone mould tak perlu dibasahkan mould)
Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.

No comments:

Post a Comment