Tahun ni tak balik beraya di Johor. Maka kenalah masak sendiri menu raya. Sebelum cuti dah google siap-siap segala resepi. Sabtu pepagi Subuh dah ke NSK Selayang memborong barang dapur. Malam raya tu dah prepare apa yang patut. Pepagi raya lepas Subuh kita dah start masak. Menu raya pertama saya simple je. Yang nak makan pun ada dalam lima orang je.
Saya masak nasi tomato, ayam masak merah, kari ayam untuk raya pertama. Tapi kerana kesibukan beraya tak sempat nak bergambar la makanan-makanan ini semua. Alhamdulillah menjadi nasi tomato ni.
Raya kedua tak masak menu apa pun sebab dah berjalan ke Ikea bagai. Gitulah orang di KL beraya. Serupa macam tak raya je. Raya ketiga sebab takde ke mana-mana saya pun rajinkan diri masak lontong. Bahan-bahan kan dah beli. Kalau tak guna nanti membazir je. Kecut dalam peti ais. Rugi, rugi. Saya masak lontong, nasi himpit dan sambal udang.
Lontong tu ikut resepi dari Blog Azie Kitchen. Sedap. Semua ada rasa. Buatnya memang senang tapi sebab tak pernah buat. Kenalah refer resepi. Heheh...
Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos
Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih,
masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang
lembut.
Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan
rasa dan kepekatan.
No comments:
Post a Comment