Friday, 8 August 2014

Menu Raya : Biskut Cornflakes Madu

Pic ni je ada. Yang cantik bereben nan hado :)
Biskut ni tiap-tiap kali raya mesti wajib ada sebabnya senang nak buat dan bahan tak banyak tapi sedap dan disukai ramai. Haaa...memang penyebab yang sangat konkrit untuk buat biskut ni. Tahun ni saya dah insaf sikit dalam beli dan buat biskut raya sebab tahun lepas banyak membazir. Kuih yang tersusun berbekas-bekas atas meja tu tetamu tak berapa nak pandang sebab kita masak menu lain time dorang datang beraya. Sudahnya bekas kuih raya kena letak meja lain sekejap. Maklumlah tak cukup ruang.

 Jadi tahun ni awal-awal dah diingatkan supaya tidak amalkan perbuatan syaitan itu. Hehehe. Tahun ni saya cuma ada kerepek ubi pedas, kerepek ubi masin, keropok kacang dal, dodol yang dah habis di raya keempat, pretzel celup coklat yang juga dah habis di raya kelima, bahulu yang dah berkulat di raya ketiga ( dah selamat ke dalam tong sampah) dan juga cornflakes madu ini yang saya buat di malam raya. Jam 1 pagi baru tidur. Tapi berbaloi sebab cuma RM10 je modal buat biskut ni. Anak-anak suka, tetamu pun suka. Habis dah pun di raya keempat. Bekas biskut ni pun asyik hilang dari meja. Ada je yang membawa ke sofa. Dah kosong baru letak balik atas meja. Takpe, mama suka.

Resepi ni sumbangan Kak Hanieliza. The best ever recipe. Mudah, ringkas tapi sedap.


CORNFLAKES MADU

Bahan A

150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

No comments: