Monday, 23 July 2018

Puding Roti


Saya buat ini sewaktu Jamuan Raya di pejabat. Saya double kan bahan untuk dapat potion yang banyak. Habis licin. Tak perlu kuah kastard.


Puding Roti Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.

Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.

Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

Sebelum bakar


No comments:

Post a comment