Tuesday, 4 December 2018

Kek Laici Selembut Kapas


Memang lembut macam kapas kek ni. Siap boleh picit-picit macam span heheheh. Tak sia-sia buat. Cuma kalau ikuy resepi ni setengah cawan gula tapi tawar. Next time kena cuba ikut yang timbang pulak. Tapi kejadian memang cantik dan menyelerakan. Walau pun tawar, setengah kek ni saya habiskan. Next time boleh buat perasa pandan, strawberry, coklat.







Resepi oleh : Cik Dayang Suhaila (FB)

Kek Laici Selembut Kapas

6Biji telur Gred A
100g tepung naik sendiri @ 1cawan tepung
80-100g gula kastor @ 1/2cawan gula
70g minyak masak atau 1/2 cawan
1/2 cawan susu cair @ 85g susu
Esen vanila 2 sudu teh
Laici flavour 2 sudu teh (kordial laici pon boleh)
Cream of tartar 1 sudu teh
Pewarna pink (ikut suka)!

Cara²nya
1.Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul bahagian putih telur dan cream of tar tar sampai berbuih, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit, pukoi sampai kental. Lepas tu tauk tepi.
2. Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu cair, perisa laici dan esen vanila pukul sehingga gebu macam cikdyg. Masukkan tepung bagi gebu lagi.
3. Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur. Kaup balik sehingga rata. Kacau selow² dan sopan mcm cikdyg jgk
4. Bahagikan kepada 2 adunan. Pink dan putih. Ikut suka kaler yang hampa nak. Letak kaler kelabu pon buleh aih. Tuang ke dalam loyang 8inci secara berselang seli.
5. Bakar secara water bath suhu 150c selama satu jam


No comments:

Post a Comment