Monday, 28 February 2011

Pais Ikan kembung

Dah siap dilumur

Siap sedia untuk dibakar

Dah siap
Sedap juga makan ikan pais. Macam ikan bakar tapi penuh dengan rasa rempah-rempah. Ikut resepi mudah aja memandangkan tak banyak bahan ada kat rumah. Hasilnya bolehla tahan cuma kena bakar lebih lama lagi sebab yang saya buat ni terlalu basah. Sebab dah lapar sangat, tak sabar nak menunggu. Hampir sejam juga membakar tapi guna oven aje. Kalau dapat guna api bara lagi sedap agaknya.

Pais Ikan Kembung (terima kasih pada penyumbang resepi)
- boleh gantikan dengan apa juga ikan yg sesuai utk dibakar. Cth: Ikan Sanma, Ikan Pari atau juga Ikan yg mcm ikan kembung tu … lupa la pulak nama dia..
Bahan Asas:
5 ekor ikan kembung atau apa2 juga jenis yg lain, dibersihkan
20 biji lada kering, direndam dengan air panas dan dibuang biji }
5 ulas bawang merah } di kisar dengan 1/2 cawan air hingga lumat
4 ulas bawang putih }
2.5 cm halia }
1 cm kunyit }
2 batang serai }
4 helai daun kunyit, dihiris halus-halus
1 sudu teh garam
daun pisang, dipotong 18 x 22 cm bergtg pd saiz ikan
lidi kelapa spjg 3 cm, ditajamkan hujungnya.
Cara memasak :
1. Campurkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi dengan garam dan daun kunyit. Bahagikan kepada 5 bahagian (mengikut bilangan ikan)
2. Ambil 1 ekor ikan dan gaul bersama i bahagian bahan yg telah dikisar tadi. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi kelapa.
3. Ulang langkah 2 hingga habis.
4. bakar ikan sehingga masak ( 15-20 min)
* Nota - Kalau tak de daun pisang, balut dgn daun kunyit pun boleh.. kalau dah tak de jugak bakar guna non stick pan.. dengan api yg perlahan. Sebabnya kalau bakar atas pembakar ikan yg biasa tu karang… berjujuranlah bahan2 kisar tu.

No comments: