Sunday, 13 March 2011

Ketupat Sotong

Lama benar tak mengupdate blog...ada je masak-masak tapi ku peram je gambar-gambar dalam kamera...ada juga beberapa masakan yang tak di snap pun gambarnya..kes lupa dan ada juga kes malas...huhu... Kali ni nak tunjuk aku cuba buat ketupat sotong. resepi asal berpandukan blog Citarasawan...tapi masa nak buat saya call mama aje sebab dia memang pakar buat ketupat sotong ni...agak-agak dah faham aku pun mulala menggodek di dapur...hahah..macamla nak buat projek masak besar-besaran kan...rupanya senang je buat ketupat sotong ni...letak-letak je semua dah siap...dah boleh makan dengan lahapnya sebab sedap sangat...puas hati saya dapat makan sorang-sorang sebab Mr.Jay tak berapa gemar makanan manis-manis...saya buat 5 ekor tapi Mr.Jay makan sekor je...selebihnya saya la yang makan hingga menjilat jari...ni saya share resepi ikut blog citarasawan...


Ketupat Sotong Kelantan

Bahan A

10 ekor sotong sederhana (buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih) asingkan kepalanya

lidi untuk menyucuk


Bahan B

1/2 cawan pulut (bersih dan toskan)

1/2 cawan santan pekat

1/4 sudu teh garam (Rendam 30 minit bersama santan dan garam)


Bahan C

100gm gula melaka di racik

2 cawan santan (tidak terlalu pekat)

1/4 sudu teh garam

1 hiris halia (dimayang halus) - aku tak letak

1 helai daun pandan


Cara-cara :

1. Bahan B : Masukkan 3/4 penuh pulut ke dalam perut sotong (2 sudu kecil), masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar.

2. Atur sotong di dalam periuk, masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana sehingga hampir kering.

3. Siap di hidang.

No comments: