Dapat dari forum cari.com.my...ramai pulak yang dok puji-puji kesedapan kek ini...lagila buat saya teruja nak cuba..balik semalam lepas hantar Azroy mengaji mata ni rasa tak mengantuk pulak...tengok bahan-bahan pun semua ada, kita mulakan projek membaking...hahah memang sekejap je dah siap dalam 10 minit gitu...terus bakar...sejam lepas tu dah siap...taraaa....ekspress sungguh...pagi tadi baru kuarkan dari loyang...sedap juga rasanya...tapi lainkali kalau buat boleh tambah color or perasa...Terima kasih pada bebop sebab sudi share resepi yang sedap dan mudah ini...
PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Bebop
Bahan A
250 gram butter
200 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum (kata maklang dia guna self raising flour)
1 sudu teh baking powder
Bahan B
5 biji telur ( kita buat tak kesah grednya)
Cara-caranya
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

No comments:
Post a Comment