Monday, 3 September 2012

Kari Ayam Tanpa Santan




Minggu lepas try buat kari ayam tanpa santan. Alhamdulillah menjadi. Saya guna resepi yang dah berkurun disimpan dan saya pun tak pasti siapa pemilik resepi tersebut. Harap tuan resepi halalkan ye. Lepas cubaan guna resepi ni berjaya rasanya saya lebih suka makan kari tanpa santan macam ni sebab tak muak. Saya pernah 2-3 kali je buat kari dengan santan tapi ada sekali tercair sangat sampai langsung tak boleh makan. Ada sekali tu terpekat sangat pulak macam rendang tapi boleh makan dan sedap. Lepas tu setahun tak buat kari dah. Kali ni cuba menjadi pulak. Memang seronok. Lepas ni senangla nak buat kari guna resepi ni je.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar cili mesin*- bahan bertanda * blend bersama
  • 2 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
  • 1 biji buah tomato - dipotong menjadi kiub-kiub kecil (saya tak letak)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan serbuk rempah kari ayam
  • 2 batang daun kari
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah 4 (saya tak letak)
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Biar seketika.
  2. Masukkan bahan blend dan biar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris nipis bersama buah tomato dan juga daun kari. Biar lagi dan kacau sesekali supaya tidak hangit.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air sambail dikacau-kacau. Agak-agaklah bila masukkan air tu ye. Jangan banyak sangat. Cukup sekadar menjadikan serbuk kari tu pes. Biar di atas api hingga pecah minyak. Sambil tu, sesekali kacau agar tidak hangit.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air agar tidak kering. Biar hingga daging ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan air asam jawa dan air biasa hingga mencukupi. Masukkan juga ubi kentang. Biar hingga kentang empuk dan gulai mendidih serta pekat.
  6. Masukkan garam mengikut citarasa dan juga gula. Tutup api.

1 comment:

cherry su said...

I love your site! Thanks for insights! I got the idea of starting a freshwater pearl bracelet line from you. Awesome collection. I am also a freshwater pearl jewelry blogger. Great Job! i wish there will be more about pearl jewelry set. I like all things piked and I would try to come here time and again for more updates. Thank you very much