Hari ni saya berpuasa ganti. Selasa dah mula puasa. Ingat nak habiskan terus mengganti puasa. Tak nak jadi macam tahun-tahun lepas terkejar-kejar nak mengganti bila masa dah makin suntuk. Sendiri yang lelah. Heheh.
Bila dah habis mengganti puasa awal-awal tahun ni bolehlah puasa sunat pulak kalau rajin, insya-Allah.
Semalam berbuka kat rumah Ma je. Ma masak asam rebus ikan tilapia. Fuuhhh...sedap sungguh hingga menjilat jari. Tapi hari ni Ma keje shift petang. So, tak dapatla menumpang makan kat rumah Ma. Kenala masak sendiri. Memandangkan dah lamaaaaa sangatttt saya tak update blog jadi sebab nak cari resepi-resepi best saya bukalah blog. Terjumpa pula resepi kat arkib yang berlambak-lambak disimpan yang hanya menunggu masa untuk dicuba.
So, hari ni saya decide nak cuba resepi Sotong Szechuan. Tapi terlebih dahulu nak mohon maaf sebab saya lupa dari blog mana saya copy resepi ni. Kalau ada tuan punya resepi lalu di sini harap halalkan ye. Terima kasih.
Dah siap masak, bau pun sedap. Tak sabar nak makan. Tunggu azan maghrib terus rasa sotong. Walla, memang sedap. Kena dengan selera. Husband pun suka. Walaupun asas bahannya kicap tapi tak sama dengan sotong masak kicap. Memang berbaloi mencuba.
Bahan-bahan
6 ekor sotong
3 ulas bawang putih - dicincang
6 tangkai cili kering - potong serong (kalau suka pedas tambahkan lagi)
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong (tak ada)
2 sudu besar kicap hoisin (tak letak sebab tak ada saya tambah 2 sudu besar kicap manis)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang-potong 1 inci
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan
1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, daun bawang, garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.
No comments:
Post a Comment